Isnin, 10 Oktober 2011

07 di sitiawan - Google Blog Search

07 di sitiawan - Google Blog Search


NGO kawasan Parlimen Lumut menerima peruntukan berjumlah <b>...</b>

Posted: 09 Oct 2011 08:35 PM PDT

SEBANYAK  sebelas buah persatuan dan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) dalam kawasan Parlimen Lumut menerima peruntukan berjumlah RM32,300 daripada Menteri Pengangkutan yang juga Ahli Parlimen Lumut, Datuk Seri Kong Cho Ha, semalam.

Majlis penyampaian cek diadakan di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lumut di Sitiawan dekat Lumut,  kira-kira jam 12.30 tengahari semalam.

Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, peruntukan yang disalurkan itu bertujuan membantu semua persatuan dan NGO dalam kawasan Parlimen Lumut menjalankan aktiviti masing-masing  sekali gus merapatkan hubungan sesama ahli.

"Walaupun sumbangan yang disalurkan itu tidak sebesar mana, namun ianya diharap sedikit sebanyak dapat membantu mereka menjalankan program dan aktiviti masing-masing.

"Peranan yang dimainkan oleh mereka (persatuan dan NGO) dalam membangunkan masyarakat dan negara tidak dapat dinafikan lagi dan menjadi tanggungjawap kerajaan untuk menyalurkan sedikit  peruntukan kepada mereka yang aktif," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Cek Peruntukkan Parlimen Lumut di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lumut di Sitiawan.

Antara mereka yang menerima peruntukan tersebut termasuklah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Batu 14, Lekir; Kompeni C Batalion Pertama Rejimen 503 Askar Wataniah, Kem Sitiawan; Tabung Khairat Kematian dan Badan Kebajikan Islam Fasa 2H, Seri Manjung; Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Perikanan Perak dan Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga, Fasa 2A / 2B, Seri Manjung.

Turut menerima sumbangan, Persatuan Taekwando Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut; Dindings Thiruvaluvar Mandram; Persatuan Bekas-Bekas Polis Manjung; Surau Al Khairiah Kampung Permatang; JKKKP Pekan Gurney; MCA Foundation dan Kelab Lions Sitiawan.

Sementara itu, Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Perikanan (KESUKEP) Perak, Salehuddin Ismail berkata, beliau berterima kasih kepada Datuk Seri Kong Cho Ha yang sudi meluluskan peruntukan berjumlah RM2,000 kepada KESUKEP.

"Peruntukan tersebut telah meringankan beban kewangan KESUKEP yang mengeluarkan perbelanjaan tinggi semasa mengadakan program Hari Keluarga di Puteri Bayu Beach Resort, Pulau Pangkor, baru-baru ini.

"Bagi pihak Jabatan Perikanan Negeri Perak amnya dan KESUKEP khasnya, saya merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh Menteri Pengangkutan yang juga Ahli Parlimen Lumut itu," katanya. – Nooraini Mahamad.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan