Isnin, 10 Oktober 2011

07 di menglembu - Google Blog Search

07 di menglembu - Google Blog Search


Layan kacang tanah / kacang <b>menglembu</b> | Blog Zool Ligakampung

Posted: 08 Oct 2011 08:44 PM PDT

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Adakah anda pernah makan kacang tanah atau juga dipanggil kacang menglembu (tak tau kenapa dipanggil menglembu, mungkin guna baja lembu kot..). Nampaknya selain menanam jagung, rupa-rupanya bapa saya juga ada menanam kacang tanah ni. Tapi kacang tanah yang ditanam ni agak kureng. Mungkin tak berapa nak jadi.

Apapun, jom baca sedikit sebanyak info tentang kacang tanah. Mana tau boleh tanam kat rumah. Senang tak payah pergi beli kacang cap ngan yin kat kedai kalau setakat nak makn kacang tanah sambil layan tv…

Sejenis tanaman semusim. Terdapat 3 jenis iaitu Virginia (lenggai besar mempunyai 3-4 kacang, pokok merayap), Spanish (biji kecil, pokok tumbuh tegak, lenggai 2 biji) dan Valencia (mengandungi 3 biji kacang yang besar) (perkataan lengai tu tak berapa faham.. mungkin cam dahan kot..). Kacang tanah ditanam berluasa (berleluasa?? hahahahaa.. mesti google translate ni) di Kelantan, Terengganu dan Perak. Kegunaannya ialah untuk membuat minyak/minyak masak, majerin, sabun, makanan ternakan, kacang goreng dan juga kuih-muih/biskut (tak tahu pula yang kacang tanah ni boleh buat minyak dan lain-lain.. Tahu makan je.,.).

TANAH

Tanah pasir, ringan dan gembur yang mengandungi bahan organik serta mempunyai pH 5.0-6.5 adalah sesuai . Ini membolehkan kacang masuk mencengkam dan benih membesar dengan mudah. Kacang tanah tumbuh dengan elok pada jenis tanah yang berikut:-
tanah liat berpasir
lanar sungai
tanah pasir terkambus (paling sesuai)
tanah liat terkambus
lanar tanah liat (tak faham lanar ni… tapi tanah liat ni banyak kat sungai-sungai. maksudnya tanah yang lembab le ni.. betulkan kalau salah..)

PENANAMAN
Menyediakan tanah:

Bajak tanah 2 kali, dan gemburkan sedalam 23 sm (9 inci) . Buatkan batas di kawasan air bertakung. Sekiranya tanah masam / asid, taburkan kapur dengan kadar 1/2 – 1 tan seekar sebulan sebelum menanam (kalau buat tanaman komersial sesuaila. kalau untuk tanam suka-suka boleh agak-agak.. kalau nak lebih yakin kena cari kertas pH tu).

Info lanjut dan Sumber :- Pertanian Manjung

Bila baca info, memang banyak yang perlu diambil perhatian termasuklah dari segi perosaknya. Apapun, memakannya lebih mudah dari menanamnya. Jadi kalau dah ada kacang tanah, kita rebuskan sahaja. Dah siap rebus jadilah camni…


Image Hosting


Image Hosting

Okay. Cukuplah setakat ini. Nanti kalau pencen 60 tahun bolehlah si Zool tanam kacang tanah ni sambil ngeteh depan rumah dengan isteri tersayang (siapa gerangannya tak tau lagi ).. Pergh memang terbaik..

Sekian.

Sekian.

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :81

from your own site.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan