Sabtu, 8 Oktober 2011

07 di kuala kurau - Google Blog Search

07 di kuala kurau - Google Blog Search


MAJLIS BERSAHUR BERSAMA RAKYAT SIRI I. (TELOK PIAL <b>...</b>

Posted: 23 Sep 2011 08:47 AM PDT

Majlis Bersahur Bersama Rakyat siri pertama yang diadakan di pekarangan rumah TUAN HJ ABDULL RAHMAN BIN AHMAD di TELOK PIAL BARUH, KUALA KURAU. Majlis yang diadakan pada 14 OGOS 2011, bermula pada jam 3.00 pagi dimulakan dengan solat TAHAJJUD dan SOLAT HAJAT, kemudiannya diteruskan dengan TAZKIRAH yang disampai kan oleh AL-FADIL USTAZ WAN HIZAM BIN ABDULLAH SABIL. Majlis yang dihadiri oleh YBhg Dato' Hj. Abdul Raman Bin Suliman ( Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar), Ybhg Tn. Kamaruddin Bin Awang (Pegawai Daerah Kerian), Ybhg En. Abu Bakar Bin Mat Ali ( Penyelaras DUN Titi Serong), Ketua-ketua jabatan di dalam Daerah Kerian, Ketua-ketua Kampung di dalam Parit Buntar, Ketua-ketua UMNO Cawangan dalam UMNO Bahagian Parit Buntar serta penduduk-penduduk kampung Teluk Pial Pial.

DSC_0050

Majlis kemudiannya diteruskan dengan jamuan bersahur pada jam  4.45 pagi, kehadiran pada majlis itu dianggarkan seramai  400 orang. Setelah selesai jamuan bersahur, para hadirin dan tetamu kerhormat kemudiannya ke MASJID TELOK PIAL BARUH untuk menunaikan solat subuh berjemaah.

DSC_0042Tepat pada pukul 6.30 pagi aturcara dimulakan dengan majlis penyampaian sumbangan kepada penerima-penerima yang tergolong daripada IBU TUNGAL,ANAK YATIM,ORANG KURANG UPAYA DAN FAKIR MISKIN. seramai 150 orang. Setiap penerima menerima wang tunai RM100 dan hamper berupa barangan keperluan harian.

DSC_0117

DSC_0145

DSC_0146

Program yang diadakan telah mencapai matlamat dengan berjayanya. Semoga pada masa akan datang majlis seumpama ini akan lebih berjaya. Insyallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan