Sabtu, 8 Oktober 2011

07 di sitiawan - Google Blog Search

07 di sitiawan - Google Blog Search


LAMAN KL-TODAY.COM » Blog Archive » Chin Peng kini tenat <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 01 Oct 2011 12:50 AM PDT

Posted by admin on October 1st, 2011

Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng (gambar) yang tinggal dalam buangan di Bangkok, Thailand kini berada dalam keadaan tenat, menurut sumber risikan daerah.Chin Peng yang baru menyambut kelahirannya yang ke 87 pada 21 Oktober lalu dirawat di sebuah hospital swasta terkemuka di Bangkok sejak Rabu lalu.Kesihatan beliau dilaporkan bertambah buruk dan ahli keluarga serta teman-teman rapat termasuk dari Malaysia diminta melawat pemimpin berkenaan.

"Dia sangat uzur. Kami difahamkan doktor telah memaklumkan kepada ahli keluarganya supaya melawat beliau dalam waktu terdekat," kata pegawai risikan berkenaan.

Difahamkan beliau telah mendapatkan rawatan rapi sejak dua bulan yang lalu.

Berdasarkan laporan berita, Chin Peng mempunyai empat orang abang.

Seorang daripadanya merupakan bekas guru besar,di Ipoh sementara seorang lagi merupakan ahli perniagaan di Pulau Pinang.

Manakala dua yang lain bekerja sebagai jurutera di New Zealand.

Sumber turut melaporkan beliau kini dibantu oleh dua pembantu di Bangkok dan ingatannya semakin merosot sejak beberapa bulan yang lalu.

Chin Peng, yang dilahirkan di Sitiawan, Perak, kini tinggal di Bangkok selepas permohonan terakhirnya menerusi saluran undang-undang untuk menetap di Malaysia ditolak oleh mahkamah pada 2008.

Beliau dipercayai mempunyai saudara mara khususnya di Perak dan di Butterworth.

Pada 1940, dia diterima untuk menyertai PKM dan ketika berumur 23 tahun, Chin Peng dilantik sebagai setiausaha agungnya.

Dalam satu temuramah bersama The Star pada 2009 Chin Peng juga menaruh harapan untuk mati di tempat kelahirannya, Setiawan di Perak.

Tetapi beliau berkata, jika harapannya itu tidak dapat dipenuhi, beliau ingin abu mayatnya dibawa balik untuk ditanam di samping kubur bapanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan