Isnin, 16 April 2012

07 di behrang - Google Blog Search

07 di behrang - Google Blog Search


TV3 Stesyen TV Portal Pertama - Nahas Km 114 Jalan <b>Behrang</b> <b>...</b>

Posted: 28 Mar 2012 03:54 AM PDT

28/03/2012 18:54:00

Di Tanjung Malim, dua lori bertembung di kilometer 114 Jalan Behrang-Slim River.

Yang maut, pemandu lori, Abu Bakar Saleh, 51, dan Koy Kay Huang, 34, serta seorang kelindan lori yang identitinya belum dikenal-pasti.

Yang parah pula, pemandu kereta Abdul Aziz, 57, dan seorang wanita dipercayai isterinya yang hanya dikenali sebagai Sulistiawati, 40.

Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Supritenden Othman Nayan berkata, lori yang dipandu Abu Bakar dikatakan bertembung dengan lori yang dipandu Koy.

Abdul Aziz yang memandu kereta Perodua Viva dan mengekori lori Abu Bakar gagal mengawal kenderaannya, lalu merempuh belakang lori.

saiful D Riverian: Lawatan kerja MB Perak ke DUN <b>Behrang</b> dan <b>...</b>

Posted: 16 Feb 2012 04:25 AM PST


Penduduk di Tanjung Malim berpeluang bertemu dan berinteraksi dengan Menteri Besar Perak Dato' Seri Dr.Zambry Abd Kadir pada hari Rabu dan Khamis ini. Bermula jam 9.00 pagi, Menteri Besar menghabiskan masa dua hari di beberapa lokasi termasuklah program bertemu rakyat di bandar berkenaan. Lawatan Menteri Besar yang bermula Rabu padat dengan program kerakyatan. Sebagai contoh selepas mesyuarat EXCO, beliau menghadiri program bersama pemimpin membabitkan penyerahan borang keahlian UMNO kepada 200 orang. Selepas jamuan makan dan solat zohor, Dr.Zambry akan hadir dalam Majlis Amanat Menteri Besar di Dewan Seri Tanjong Majlis Daerah Tanjong Malim. Selain kakitangan kerajaan, NGO-NGO, pertubuhan sukarela, belia, JKKK, pemimpin-pemimpin masyarakat dan kaum termasuk imam-imam dan peniaga-peniaga membabitkan 1,500  orang akan hadir. Menteri Besar tidak akan pulang ke kediaman rasmi malam itu sebaliknya memilih untuk bermalam disebuah rumah  milik keluarga angkatnya yang merupakan mantan gurunya, Haji Shafie di Kampung Pauh Behrang Stesyen.
Satu program diperkenalkan GLC dimulakan dengan "program masuk ke kampung-kampung" di DUN Behrang. GLC kerajaan negeri bertindak menjadi penganjur. Bagi penduduk yang berada di kawasan Pekan Behrang Stesyen pada sebelah petang iaitu selepas solat asar, Menteri Besar dijangka menikmati minum petang bersama-sama penduduk. Kawasan pilihan ialah Medan Selera Pekan Behrang stesyen. Program hari pertama tidak tamat di sini tetapi Dr.Zambry selepas menunaikan solat magrib dan isha berjemaah dan bacaan yasin akan "melepak disebuah restoren". Program ini dinamanakan   sessi lepak. Pada hari Khamis, Menteri Besar menunaikan solat subuh berjemaah di masjid Jamek bandar Tanjong Malim dan mendengar tazkirah sebelum bersarapan dengan jemaah masjid di medan selera. Beliau akan melawat pasar awam Tanjong Malim bertemu peniaga-peniaga. Menteri Besar dan barisan EXCO akan mengadakan "klinik rakyat" bertemu orang ramai. Program ala-ala bertemu pelanggan ini membolehkan orang ramai menemuinya dan EXCO-EXCO tanpa perlu pergi ke Ipoh.  Menteri Besar kemudian berlepas ke Slim River untuk program jamuan rakyat yang diadakan bersebelahan bangunan UMNO bahagian Tanjong Malim. Satu klinik bolasepak Dr.Zambry diadakan di Padang bolasepak MDTM Slim River sebelum Menteri Besar t tiga buah rumah penduduk tempatan di pekan Trolak. Diakhir program, Dr.Zambry mengetuai pasukan bolasepak Menteri Besar menentang pasukan bolasepak pilihan Slim River/Tanjong Malim.

Tiga Maut Dalam Kemalangan <b>Di</b> Tanjung Malim | Kamaluddin&#39;s Blog

Posted: 28 Mar 2012 03:44 AM PDT

- Mar 28, 2012 18:44:38.

Gambar Hiasan

Tiga maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua lori dan sebuah kereta di km 114 Jalan Behrang-Slim River dekat Tanjung Malim awal Rabu.

Mereka yang maut ialah pemandu lori, Abu Bakar Saleh, 51, dan Koy Kay Huang, 34, serta seorang kelindan lori yang identitinya belum dikenalpasti.

Yang parah ialah pemandu kereta Abdul Aziz Anthony, 57, dan seorang wanita dipercayai isterinya yang hanya dikenali sebagai Sulistiawati, 40.

Ketua Polis Daerah Tanjung Malim Supt Othman Nayan berkata dalam kejadian pada pukul 3.40 pagi itu, lori yang dipandu Abu Bakar yang dalam perjalanan dari Behrang ke Tanjung Malim dikatakan bertembung dengan lori yang dipandu Koy dari arah bertentangan.

Abdul Aziz yang memandu kereta Perodua Viva dan mengekori lori Abu Bakar gagal mengawal kenderaannya lalu merempuh belakang lori itu, katanya ketika dihubungi di sini.

Posted by on Mar 28, 2012 18:44:38. Filed under BERITA. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Tiada ulasan:

Catat Ulasan