Isnin, 16 April 2012

07 di bidor - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di bidor - Google Blog Search


jom cari makan/resepi: <b>bidor</b> kopitiam

Posted: 14 Apr 2012 02:58 AM PDT

Nostalgia menu dari stesen Bidor


NASI goreng bersama ikan lengat goreng (kiri depan) merupakan menu istimewa Bidor Station Kopitiam.


SEBAIK menjejakkan kaki ke Bidor Station Kopitiam, nostalgia silam mula bermain di fikiran. Konsep stesen kereta api lama yang semakin pupus dan dicetuskan oleh pemiliknya ternyata terkesan di sanubari.
Justeru, ia pasti membuatkan sesiapa sahaja yang menjamu selera di kopitiam milik Suryani Kamaruddin, 35, yang dibuka pada 11 November 2009 itu termimpi-mimpi untuk datang semula bagi menikmati hidangan dan suasana kedai yang penuh nostalgia itu.
Tambahan pula setiap menu yang disediakan di kedai tersebut menepati cita rasa pelanggan seperti yang pernah dinikmati ketika kecil di kampung.
Misalnya, nasi goreng bersama ikan lengat goreng sudah cukup membuatkan mereka yang menggemarinya untuk datang semula.
Menurut Suryani, konsep nostalgia stesen kereta api Bidor tercetus ketika mengimbas memori silam yang cukup terkesan di dalam jiwanya.
Anak kelahiran Teluk Intan dan membesar di Bidor, Perak. Bidor merupakan salah sebuah stesen kereta api tertua di dunia.
Dia dan adik-beradiknya sering bermain di sekitar stesen tersebut ketika kecil. Ketika bermain dengan rakan-rakan di situ, ibunya pula berniaga di warung berdekatan.
Namun, pada hari ini stesen itu hanya tinggal tapak dan terletak tidak jauh dari Kampung Baru Bidor Stesen. Stesen Keretapi Bidor telah lama dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan landasan berkembar.
"Saya masih ingat lagi, dulu saya dan kawan-kawan selalu bermain di Stesen Keretapi Bidor selain gemar menaiki kereta api untuk ke Batu Gajah, kami akan menaiki kereta api dari stesen ini.
"Namun akibat perkembangan jaringan jalan raya, tidak ramai penduduk Bidor yang menggunakan perkhidmatan kereta api dan ini menyebabkan Stesen Keretapi Bidor sepi sehinggalah ia dirobohkan," katanya yang menghabiskan RM100,000 untuk dekorasi premisnya.
Menu Bidor
Bidor terletak di tengah-tengah daerah Batang Padang, sebuah daerah di tenggara negeri Perak Darul Ridzuan manakala bersempadanan dengan mukim Bidor di sebelah timur ialah negeri Pahang.
Ekoran itu juga tidak hairanlah kebanyakan menu di Bidor Station Kopitiam tidak jauh bezanya dengan masakan kegemaran masyarakat di daerah itu.
Selain nasi goreng Bidor, mi rebus, laksa, mi kari dan mi udang antara yang menjadi tumpuan. Nasi lemak dan nasi goreng ayam Ringgo turut diminati.
Tidak cukup dengan itu, minuman pelbagai warna dan rasa dihidangkan seperti shirley temple, blue Lagoon pop, strawberi pop selain barisan minuman yang menjadi kegemaran sepanjang zaman.
Sambil menjamu selera, mata pasti terpukau dengan dekorasi yang mengimbas nostalgia stesen kereta api yang terdapat di utara tanah air itu.
Setiap meja mempunyai papan tanda yang mengambil nama sempena stesen kereta api dari Kuala Lumpur hingga Taiping.
Mengambil dekorasi binaan rumah kampung Bidor Station Kopitiam pasti membangkitkan kenangan setiap pengunjungnya di kampung dan sedikit sebanyak menghilangkan rasa rindu pelanggan terhadap kampung halaman mereka.
Sebuah kios kuih tradisional dan kaunter tiket kereta api menjadi tumpuan. Selain gambar-gambar pelbagai menghiasi dinding untuk tatapan pengunjung serta papan autograf artis tempatan pasti menggamit mata pengunjung ke situ.
Ditambah pula dengan lantai kayu dan reka bentuk kaki lima yang direka seperti beranda rumah kampung membuat Bidor Station Kopitiam yang lain daripada kebiasaan.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved