Isnin, 16 April 2012

07 di kinta - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di kinta - Google Blog Search


Mayat Adik Yushahiriezal Ditemui Lemas <b>Di</b> Sungai <b>Kinta</b>

Posted: 10 Mar 2012 06:26 PM PST

Batu Gajah - "Saya terkilan kerana hajat anak saya untuk menyertai kelab taekwondo di sekolahnya tidak kesampaian," luah Mazlinah Rintan, 30, ibu kepada Yushahiriezal Jidun, 9, yang ditemui lemas di Sungai Kinta di sini, semalam.

Murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Wira Jaya hilang empat hari lalu dipercayai tergelincir ketika bermain berhampiran longkang di kuarters Kem Syed Putra, Jalan Tambun, di Ipoh, 45 kilometer dari tempat dia ditemui.

Lebih memilukan, adik bongsu mangsa, Yusaidatul Adawiyah Jidun, 4, masih tertanya-tanya ke mana abangnya pergi kerana mereka sangat rapat sejak dari kecil.

Ibunya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Batu Gajah (HBG) berkata, walaupun terkejut, dia reda dan menerima kehendak Ilahi dengan hati terbuka.

Menyentuh tentang hajat si anak sebelum ini, bukan niatnya tidak membenarkan Yushahiriezal menyertai kelab tersebut tetapi atas faktor kewangan perkara itu terpaksa diketepikan terlebih dahulu.

"Setiap hari saya berdoa agar dia (Yushahiriezal) ditemui dalam keadaan selamat, tapi apakan daya ALLAH lebih menyayanginya. Namun saya bersyukur kerana doa saya dimakbulkan dan jasadnya telah ditemui walaupun terpaksa menunggu selama empat hari dengan penuh debaran," ujarnya dengan air mata tak putus-putus.

Ketika melakukan pengecaman mayat Mazlinah akui tidak percaya tubuh kaku kanak-kanak yang ditemui itu adalah anak lelaki tunggalnya.

"Selepas melihat baju kelabu yang masih berada di tubuhnya, saya yakin mayat kanak-kanak itu memang anak saya," katanya dengan nada sebak.

Orang awam beri maklumat

KUMPULAN tentera yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat yang diketuai Kapten Mohamad Anas Emran mendapat maklumat berhubung penemuan mayat mangsa oleh orang awam kira-kira jam 11.30 pagi.

Mohamad Anas berkata, seramai 10 anggota tentera terbabit dalam operasi itu yang bermula sejak pagi semalam.

Katanya, seorang lelaki yang merupakan penduduk setempat ternampak mayat seorang budak lelaki dalam keadaan separuh bogel terapung berhampiran dahan pokok di tebing sebelah kiri Sungai Kinta yang terletak di antara sempadan Malim Nawar dan Tanjung Tualang.

"Sejurus menerima maklumat tersebut, saya bersama dua anggota lain menaiki bot yang dikemudi orang awam terbabit untuk ke lokasi berkenaan.

"Kami segera mengangkat mayat itu dan menghantarnya ke Balai Polis Tanjung Tualang untuk membuat laporan sebelum dibawa ke Jabatan Forensik HBG," katanya.

Mayat Yushahiriezal ditemui dalam keadaan menyayat hati akibat berendam empat hari di dalam air.

"Tubuh mangsa kelihatan kembung selain muka dan bahagian tubuhnya mula membengkak mungkin disebabkan arus deras selain berlanggar dengan batu yang berada di dalam sungai," katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kakak sulung mangsa, Yusmieyirah Jidun, 14, dan bapa mereka Jidun Muktar, 33, turut berada di Jabatan Forensik hospital berkenaan.

Malah, Jidun turut memandikan dan mengapankan jenazah anak lelakinya itu sebelum dibawa pulang ke Kem Syed Putra untuk disembahyangkan di sana.

Jenazah Yushahiriezal dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tambun, malam semalam. -SH

Laporan sebelum ini
klik untuk baca



0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved