Jumaat, 19 Oktober 2012

07 di bidor - Google Blog Search

07 di bidor - Google Blog Search


Kemalangan: Trafik <b>di</b> laluan <b>Bidor</b>-Tapah sesak lebih 10 kilometer <b>...</b>

Posted: 09 Sep 2010 01:14 AM PDT

file pic

Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di Km 334 arah utara dari Bidor ke Tapah mengalami kesesakan lalu lintas sepanjang 10 kilometer pagi ini berikutan kemalangan membabitkan dua buah lori.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, kemalangan di lorong kanan di laluan itu pada jam 4.30 pagi tadi menyebabkan trafik bergerak perlahan selama hampir lima jam.

"Kemalangan ini membabitkan sebuah treler membawa sayur dengan lori kelas A berdekatan dengan Ladang Bikam. Ia menyebabkan treler terbabas dan melintang ke arah selatan menyebabkan berlaku kesesakan.

"Namun begitu ia tidak menjejaskan aliran trafik menghala ke selatan," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, walaupun kepala treler itu dialihkan kira-kira jam 8.30 pagi oleh pihak PLUS, keadaan trafik masih perlahan kerana jumlah kenderaan yang banyak.

"Selain itu trafik juga turut bergerak perlahan arah Nilai ke Seremban dan Bidor ke Tapah. Bagaimanapun keadaan trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di persimpangan Bentong Barat pagi ini masih terkawal," katanya.

Pengguna yang ingin mengetahui maklumat trafik sebelum merancang perjalanan pulang ke kampung sempena Aidilfitri esok boleh menghubungi LLM di talian 1800-88-7752.

Plus Ekspressways Bhd sebelum ini berkata jumlah kenderaan yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan semalam dan hari ini dijangka meningkat kepada 1.4 juta berbanding 1.1 juta pada hari biasa.-Bernama

Pesara Pejabat SUK antara 5 lelaki ditahan tipu penjualan tanah <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 16 Mar 2011 10:01 PM PDT

Seorang pesara Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Perak adalah antara lima lelaki yang ditahan polis kerana menipu seorang peniaga besi buruk berkaitan kelulusan tanah di Bidor.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata tiga lelaki lain yang ditahan termasuklah seorang pembantu am pejabat di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Ipoh dan dua lagi bekas kakitangan pejabat berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas 45 keping kepala surat PTG Ipoh yang asli, 9 cop dan 20 helai dokumen jabatan itu yang palsu, 13 helai resit rasmi bayaran premium jabatan yang palsu, 4 keping salinan pelan tanah serta satu komputer riba dan pencetak yang disyaki digunakan untuk menghasilkan dokumen palsu berkenaan.

Pada awal Februari lalu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir meminta polis menyiasat dan mengenal pasti dalang dan orang dalam yang mungkin terbabit dalam kes penipuan mendapatkan kelulusan projek, menggunakan namanya dan Pejabat Menteri Besar.

Beliau berkata, sindiket terbabit juga memalsukan cop dan kepala surat pejabatnya, selain turut menggunakan nama Exco serta beberapa jabatan dan agensi kerajaan negeri seperti yang dikesan di Teluk Intan, beberapa hari lalu.

"Saya tidak boleh menolak kemungkinan itu (pembabitan orang dalam) tetapi saya sudah arah polis untuk mencari jawapannya kerana saya tidak akan kompromi dengan aktiviti seperti ini.

"(Mereka yang terbabit) tidak semestinya dari pejabat saya atau agensi lain… tetapi apabila ada orang tertentu menerima maklumat tertentu yang sifatnya terhad maka ada kemungkinan untuk memikirkan bahawa mungkin ada orang dalam terbabit atau orang luar," katanya.

Zambry berkata, ada mangsa rugi beratus ribu ringgit kepada kumpulan itu yang menjaja nama Pejabat Menteri Besar.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai berhati-hati dengan kegiatan itu, malah menegaskan Exco sekalipun terikat kepada peraturan berhubung sebarang keputusan mengenai sesuatu kelulusan diputuskan mesyuarat Exco.

"Oleh itu, jika ada mana-mana ahli Exco (kononnya) keluarkan sebarang surat untuk maklumkan kepada mana-mana individu atau syarikat bahawa mereka diberikan projek tertentu maka ia tidak benar kerana amalan, prosedur dan undang-undang tidak membenarkan mereka (Exco) berbuat demikian.

"Keputusan yang dibuat oleh Mesyuarat Exco akan dimaklumkan kepada mereka sama ada berjaya atau tidak melalui PTG (Pejabat Tanah dan Galian) jika perkara itu berkaitan tanah atau melalui jabatan berkaitan kain," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan