Jumaat, 19 Oktober 2012

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


Dialog Negara Islam <b>di Ipoh</b> cetus semangat

Posted: 16 Oct 2012 05:50 PM PDT

IPOH 14 Oktober – Bertempat di Dewan Silveritage, Medan Gopeng, Dialog Negara Islam bersama Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) kali ini sekali lagi menjadi medan bagi para hadhirin untuk meluahkan perasaan, komen dan soalan-soalan berkenaan perjuangan menegakkan Negara Islam khususnya di Malaysia. Ust. Abdul Hakim Othman dan Ust. Umar Hussein menjadi ahli panel Dialog peringkat negeri Perak kali ini yang turut dihadiri oleh non-Muslim.

Antara soalan yg dilontarkan adalah berkenaan bagaimana cara Hizbut Tahrir menegakkan Khilafah, kenapa Hizbut Tahrir tidak memasuki pilihan raya di dalam sistem demokrasi sekarang, tuduhan-tuduhan terhadap Hizbut Tahrir yang dikatakan bersekongkol dengan kerajaan BN, lebih banyak mengkritik parti Islam berbanding pemerintah dan banyak lagi. Kesemua soalan dijawab dengan tuntas oleh ahli panel sekali gus membersihkan tanggapan-tanggapan negatif yang dilontarkan oleh sesetengah pihak kepada Hizbut Tahrir.

Selain dihangatkan dengan soalan, Dialog kali ini juga turut dihangatkan dengan komen-komen yang diberikan oleh peserta tentang perbandingan perjuangan Hizbut Tahrir dengan parti-parti Islam yang lain yang dilihat sudah tersasar dari jalan yang lurus. Setelah menjelaskan kewajipan umat Islam untuk menegakkan Khilafah dan metodologi Hizbut Tahrir yang berjuang untuk menegakkannya dengan mengikuti jalan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW, Abdul Hakim yang juga Presiden HTM meminta kesemua peserta agar menilai sendiri perjuangan setiap parti Islam di dalam menegakkan Negara Islam dan seterusnya memilih parti dengan perjuangan yang benar sebagaimana dikehendaki oleh Allah dan RasulNya.

Di akhir program, kedua-dua ahli panel menyeru para hadhirin dan hadhirat agar bersama-sama dengan Hizbut Tahrir di dalam perjuangan global mendirikan Khilafah yang akan menyatukan umat Islam di bawah satu pemimpin, satu pemerintahan dan di satu bendera.

Daripada borang kaji selidik yang diisi dan diserahkan oleh para peserta dan juga temu ramah yang dilakukan terhadap beberapa orang peserta di akhir Dialog ini, rata-rata peserta menunjukkan persetujuan, sokongan, semangat dan keyakinan mereka bahawa perjuangan untuk menegakkan Khilafah ini adalah perjuangan yang benar dan akan pasti membawa kejayaan. Beberapa orang peserta yang hadir juga terus menyatakan hasrat mereka untuk bersama-sama dengan Hizbut Tahrir di dalam menegakkan semula Daulah Khilafah.

Demo Bantah Sudah Bermula <b>Di Ipoh</b>, Tempat Lain Bagaimana?

Posted: 16 Oct 2012 11:26 PM PDT

100 berdemo tolak AES depan JPJ Ipoh - Mkini
Kira-kira 100 orang berhimpun di hadapan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Ipoh bagi mendesak kerajaan membatalkan pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi kesalahan trafik.
Timbalan Setiausaha Pemuda PKR (AMK) Mohd Saifullah Mohd Zulkifli berkata, perhimpunan kira-kira sejam bermula pada jam 10 pagi itu hanya permulaan daripada kempen bantahan berterusan yang akan dianjurkan di setiap negeri.
"Kita sedang susun untuk jadikan sebagai gerakan rakyat. Akan ambil tanda tangan sebagai tanda protes dan ke negeri-negeri untuk berdemonstrasi.
"Himpunan ini juga ingin menyedarkan rakyat bahawa tindakan kerajaan melaksanakan AES ini menekan dan menzalimi rakyat yang semakin dihimpit kekangan ekonomi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. 
Turut hadir anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja Chang Li Kang yang juga pemimpin PKR negeri.
Bermula 23 September lalu, sebanyak 14 kamera AES dipasang di kawasan hitam di Lembah Klang dan Perak.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad, mereka menyasarkan pemasangan 831 kamera AES secara berperingkat dalam masa 18 bulan di seluruh negara.
P/s: Ayuh rakyat semua bangkit
Saman tidak mengenal penyokong atau ahli parti mana
Saman tidak mengenal pengundi parti yang mana
Saman tidak mengenal kaya atau miskin
Cuma yang kaya mampu bayar saman
Yang miskis tertekan
Di atas jalan raya kita semua adalah sama
Bangkit semua rakyat bantah AES!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan