Jumaat, 19 Oktober 2012

07 di tanjung rambutan - Google Blog Search

07 di tanjung rambutan - Google Blog Search


Peniaga sokong MBI bina pasar baru <b>Tanjung Rambutan</b> – Perak <b>...</b>

Posted: 09 May 2011 12:05 AM PDT

Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat, demikian perumpamaan yang menggambarkan sikap kerjasama lebih 100 peniaga pasar Tanjung Rambutan yang kini menyokong penuh projek membina sebuah pasar baru yang dijangka bermula sekitar Julai atau Ogos depan.

Walaupun di peringkat awal terdapat sekumpulan kecil peniaga membantah, masalah itu akhirnya dapat diselesaikan secara baik hasil perbincangan dan penerangan yang dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Ahli Majlis Tempatan.

Datuk Bandar, Datuk Roshidi Hashim, berkata jika tiada aral melintang, projek membina pasar baru Tanjung Rambutan yang mendapat peruntukan RM5.8 juta daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dijangka dapat dimulakan sekitar Julai atau Ogos depan.

Katanya, bangunan pasar lama dikekalkan tetapi akan diubahsuai menjadi pusat jualan makanan yang serba moden dan diperindahkan lagi dengan landskap menarik bagi menarik kehadiran pengunjung.

Projek itu katanya, dapat diteruskan hasil persetujuan majoriti peniaga pasar Tanjung Rambutan walaupun pada peringkat awal, sekitar 20 peniaga di situ membuat bantahan kepada MBI.

"Pembangunan pasar baru dan pusat penjaja di Tanjung Rambutan ini perlu diteruskan memandangkan kawasan sekitarnya akan menjadi tumpuan ramai apabila Kolej Kesihatan Bersekutu Hulu Kinta beroperasi sepenuhnya tidak lama lagi.

"Dengan lebih 2,000 pelajar dan 600 tenaga pengajar kolej, kita perlu menyediakan kemudahan asas terbaik kepada penduduk di sini, sekaligus membangunkan sektor sosio-ekonomi tempatan terutamanya peniaga di pasar baru Tanjung Rambutan.

"Selain itu, masalah 94 peniaga tanpa lesen juga dapat diselesaikan apabila pasar baru ini beroperasi sepenuhnya kerana ia menyediakan 232 lot niaga yang ditempatkan di bawah satu bumbung. Selain itu, peniaga juga tidak perlu berpindah kerana tapak baru hanya terletak bersebelahan pasar lama," katanya kepada pemberita di Ipoh, hari ini.

Terdahulu, beliau menerima memorandum daripada sekumpulan peniaga pasar Tanjung Rambutan, diketuai Raja Soorian yang menyatakan sokongan terhadap pembinaan pasar baru itu yang dijangka siap sepenuhnya Januari 2013.

Dalam perkembangan berkaitan, Roshidi berkata, apabila pasar baru itu siap kelak, ia akan memberi keselesaan kepada pengunjung kerana menyediakan 139 tempat letak kereta, 64 (motorsikal) dan 11 (lori kecil).

Sementara itu, peniaga sayur, T Yogeswaran, 30, berkata hasil penerangan daripada MBI dan wakil Ahli Majlis tempatan, beliau mengambil keputusan untuk menyokong pembinaan pasar baru kerana keadaan persekitaran yang sesak dan tiada jaminan keselamatan di pasar lama.

"Dengan pasar baru itu nanti, saya berharap dapat berniaga dalam suasana yang lebih selesa berbanding ketika ini," katanya yang berniaga di pasar Tanjung Rambutan sejak 15 tahun lalu.

Tunduki Hatimu: Akhirnya,skrip ke hospital <b>tanjung rambutan</b> dilulus <b>...</b>

Posted: 18 Oct 2012 03:53 PM PDT


1. Seksyen 4(2) dan 5(1) Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 7 akta sama, yang mana jika sabit kesalahann dia berdepan hukuman penjara maksimum dua tahun dan denda sebanyak RM1,000 atau kedua-duanya.

2. Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan

Entah apa ubat yang dibagi sampai nak ke Tanjung Rambutan?

Lembaga Penapisan Filem tidak sempat menapis adegan ala ninja beliau kerana mahkamah telah menerima pakai Seksyen-seksyen pasca Merdeka....tutup kes!

Cerita lanjut di sini....Senjata merbahaya yang diguna Mudah Lena

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan