Sabtu, 27 Oktober 2012

07 di bidor - Google Blog Search

07 di bidor - Google Blog Search


Masjid <b>Bidor</b> sudah boleh diguna – Perak Today

Posted: 13 Nov 2010 03:19 PM PST

Kariah masjid di Bidor kini lega apabila pembaikpulihan Masjid Al-Muhtadin siap sepenuhnya, kelmarin.

Pengerusi Masjid Al-Muhtadin, Yahya Othman berkata, sebelum ini masjid yang sudah berusia lebih 100 tahun itu telah menjalani proses naik taraf.

Namun katanya, atas beberapa perkara tidak dapat dielakkan tempoh membaik pulih masjid itu mengambil masa agak lama.

"Kariah masjid di sini tidak dapat menggunakannya dalam tempoh hampir dua tahun kerana berlaku kerja pembaikpulihan dan kini sudah boleh digunakan selepas semua kerja selesai," katanya pada majlis penyerahan membaik pulih dan menaik taraf Masjid Al-Muhtadin, Bidor kelmarin.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib; Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri, Datuk Dr Safry Kamal Ahmad; Pegawai Daerah Batang Padang, Razali Bakar dan Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Roslan Bek Ahmad.

Yahya berkata, penambahbaikan masjid itu melibatkan belanja hampir RM800,000 dan disiapkan dalam tempoh setahun lapan bulan.

Katanya, pada asalnya, peruntukkan sebanyak RM357,000 diterima untuk menambah baik bahagian belakang masjid itu, tetapi kerana agak uzur menyebabkan pembinaan baru perlu dilaksanakan dan ditambah sebanyak RM400,000 lagi.

"Ini menyebabkan berlaku masalah membaik pulih yang melibatkan tempoh masa agak lama dan menimbulkan pelbagai persoalan," katanya.

Sementara itu, Mohd Khusairi berkata, pihaknya berharap jawatankuasa kariah masjid dapat menggunakan wang tabung untuk membaik pulih tandas lelaki.

"Saya difahamkan tabung masjid ini mempunyai peruntukkan mencukupi bagi membaik pulih tandas lelaki yang sudah uzur itu.

"Masjid ini akan menjadi tumpuan umat Islam yang hendak menunaikan solat kerana terletak di kawasan strategik dan mudah disinggahi," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan