Sabtu, 27 Oktober 2012

07 di jelapang - Google Blog Search

07 di jelapang - Google Blog Search


Pemeriksaan kesihatan percuma <b>di</b> Klinik Kesihatan <b>Jelapang</b> <b>...</b>

Posted: 05 Dec 2011 06:42 AM PST

Orang ramai khususnya penduduk sekitar Jelapang, Silibin dan Meru di sini berpeluang menjalani pemeriksaan kesihatan percuma sempena Hari Terbuka Klinik Kesihatan Jelapang pada Sabtu ini.

Penyelaras program Nofan Md Zahir berkata pemeriksaan kesihatan yang disediakan ialah pemeriksaan BMI, ujian diabetes serta PAP smear bagi kaum wanita.

"Tujuan program adalah untuk memberi pengetahuan kepada masyarakat tentang perkhidmatan kesihatan yang disediakan di klinik itu serta mendidik masyarajat men genai pentingnya mengikuti cara hidup sihat," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata beberapa agensi seperti Polis, Bomba dan AADK akan mengadakan pemaran sempena program itu yang bermula 8 pagi hingga 2 petang.

Orang ramai boleh menyertai acara senam robik beramai-ramai yang akan turut dianjurkan manakala kanak-kanak berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dengan menyertai pertandingan mewarna, katanya.

Nofan berkata para pengunjung juga berpeluang membawa pulang hadiah-hadiah menarik melalui acara cabutan bertuah.

Anggota Exco Kerajaan Negeri Perak Datuk Dr Mah Hang Soon dijadual merasmikan program itu pada 10 pagi, tambahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan