Sabtu, 27 Oktober 2012

07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


MPM Diarah Kaji Cadangan Wujud Taman Tema Air <b>Di</b> Pulau <b>...</b>

Posted: 27 Oct 2012 12:52 AM PDT

Bagi menarik lebih ramai kehadiran pelancong, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) boleh mempelbagaikan lagi produk pelancongan di Pulau Pangkor termasuklah dengan mewujudkan taman tema air.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata pulau peranginan itu bukan lagi menjadi kunjungan pada cuti panjang sebaliknya menjadi destinasi pilihan pada setiap minggu.

Sehubungan itu, MPM katanya, boleh mempelbagaikan lagi produk pelancongan di Pulau Pangkor sebagai tarikan pelancong ke pulau peranginan itu di masa depan.

"Saban hari bilangan pelancong ke Pulau Pangkor semakin meningkat dan ini merupakan satu perkembangan yang baik.

"Selain tarikan pantainya, kerajaan negeri mahu produk pelancongan di pulau ini dipelbagaikan termasuklah dengan mewujudkan taman tema air yang agak ringkas contohnya dengan menyediakan kolam mandi seperti di Sunway Lagoon dan Marina Island.

"Dengan adanya kemudahan baru seperti ini, pelancong dapat melaksanakan pelbagai aktiviti di pulau ini dan tidak terhad kepada aktiviti pantai semata-mata," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Korban di Kawasan DUN Pangkor di Masjid Teluk Raja Bayang, Pulau Pangkor, pagi tadi.

Tahun ini, sebanyak 18 ekor lembu dan kambing dikorbankan di Pulau Pangkor sebelum dagingnya diagih-agihkan kepada fakir miskin.

Mengulas lanjut mengenai program itu, Zambry yang juga Adun Pangkor, berkata masyarakat Islam di pulau itu bergotong-royong menyembelih, melapah dan seterusnya mengagih-agihkan daging korban kepada fakir miskin.

Pada majlis itu juga, beliau sempat meluangkan masa untuk menikmati juadah yang dimasak secara bergotong-royong dan seterusnya mengagih-agihkan daging kepada ahli jawatankuasa masjid yang bertungkus-lumus menjayakan program berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan