07 di bidor - Google Blog Search |
Tolak Anasir Subversif Selamatkan Malaysia: <b>Bidor</b> Bandar Cina Posted: 10 Jun 2012 07:18 AM PDT Bidor ialah sebuah pekan di negeri Perak, Malaysia yang mempunyai kepadatan penduduk yang dianggarkan seramai 30,000 orang yang lahir daripada aktiviti perlombongan bijih timah. GEOGRAFI Bidor terletak di tengah-tengah daerah Batang Padang, sebuah daerah di tenggara negeri Perak Darul Ridzuan. Bersempadanan dengan mukim Bidor di sebelah timur ialah negeri Pahang. Capaian ke pekan Bidor dari selatan ialah pekan Sungkai; dari utara ialah pekan Tapah, dan dari barat ialah bandar Teluk Intan. Bidor juga merupakan tempat yang biasanya akan dilalui apabila menuju ke Teluk Intan dan bandar-bandar lain di barat Perak. Susur keluar ke Bidor dari Lebuhraya Utara-Selatan (E1) bernombor 130 (Exit 130). Bahagian utara pekan Bidor dipisahkan oleh Sungai Gedong manakala bahagian selatan pekan dipisahkan oleh Sungai Bidor. Kedua-dua batang sungai bertemu di Belakang Pasar dimana kuala Sungai Gedong bersambung ke Sungai Bidor. Pada bulan September 2009, jalan pintasan yang menghubungkan jalan persekutuan 58 (Jalan Teluk Intan) dan jalan persekutuan 1 (Jalan Sungkai) telah siap. Jalan pintasan tersebut berharga RM19 juta dan mengambil masa setahun setengah untuk disiapkan. Jalan ini diharapkan dapat mengurangkan limpahan kesesakan trafik yang menghala ke Teluk Intan dan Lumut dari Lebuhraya Utara-Selatan yang melalui pekan Bidor. Walau bagaimanapun, jalan yang hampir siap ini telah ditutup semula pada bulan Oktober 2009 untuk lalulintas atas sebab-sebab tertentu. SEJARAH Sebelum British Sebelum bermulanya kedatangan Islam ke Tanah Melayu dan zaman Kesultanan Melayu Perak, mukim Bidor terletak dalam jajahan pemerintahan kerajaan Hindu Gangga Negara yang berpusat di Beruas, Perak. Jajahan ini telah menerima pengaruh Hindu-Buddha sejak 900 tahun dahulu. Ini dibuktikan dengan penemuan-penemuan artifak gangsa yang bermotifkan dewa-dewa Hindu ketika penerokaan kawasan perlombongan bijih timah di akhir tahun 1930-an. Mengikut sejarah, semasa pemerintahan Sultan Salehuddin, Sultan Perak ke-9 Bidor dibuka kerana aktiviti perlombongan bijih timahnya. Perkataan Bidor berasal daripada acuan bijih timah yang dibuat daripada kayu bagi menyukat bijih. Setiap satu Bidor mengandungi kira kira 70 kati bijih timah. Orang yang pertama dilantik menjadi penghulu Bidor ialah Syeikh Abdul Ghani dan dipercayai beliau juga adalah peneroka terawal di Bidor. Orang Melayu yang mendiami kawasan Bidor majoritinya dari suku Rawa. Suku Rawa berasal dari Sumatera Barat. Orang Asli dari suku Semai pula mendiami kawasan bukit dan pergunungan di timur Bidor. Orang Cina dari suku Hakka adalah suku orang Cina yang paling dominan di pekan Bidor diikuti orang Kantonis. Orang Cina yang mendominasi populasi pekan Bidor adalah hasil daripada migrasi komuniti tersebut dari Teluk Intan, Ipoh dan Hulu Selangor ke kawasan perlombongan bijih timah ketika penjajahan Inggeris. Perang Dunia Kedua Ketika Perang Dunia ke-2 meletus, pekan Bidor juga terlibat dalam Perang Kampar diantara tentera Jepun dan British. Bidor menjadi saksi pengunduran tentera British dari 501 Battery yang berundur dari Kampar apabila diasak oleh tentera Jepun yang mara dari utara pada 29hb Disember 1941. Rejimen 137 War Diary pula diserang kapal terbang Jepun berdekatan Bikam dan berjaya dilumpuhkan. Saki baki tentera British yang berkubu di Bidor yang rata-ratanya askar upahan dari India yang tidak berpengalaman, berundur ke Slim River seterusnya ke selatan. Tujuan Perjanjian Bukit Bidor dibuat adalah membentuk pakatan bersama tentera British dan MPAJA (PKM) untuk menggugat pentadbiran Jepun di Perak melalui aktiviti pengintipan, sabotaj, penyaluran intelijen dan serangan gerila di Ipoh, Simpang Pulai, Gopeng, Kampar, Bidor dan Slim River. Zaman Darurat Selepas Jepun menyerah kalah, Bidor menjadi saksi kepada kekejaman pengganas komunis yang enggan meletak senjata selepas kembalinya British ke Tanah Melayu. Kapten A.R.Pickin dari Rejimen Ke-7 Duke of Edinburgh's Own Gurkha Rifles (No.Tentera: 375953) dibunuh pengganas komunis pada 18hb Julai 1948. Pembunuhan pegawai British berlaku lagi di Bidor pada 2hb Oktober 1948. Seorang pegawai bernama Kapten D.G.Lock (No.Tentera: 113776) dari Somerset Light Infantry dibunuh ketika mandi di sungai berdekatan Bidor. Juga pada hari yang sama, 3 askar dari King's Own Yorkshire Light Infantry (K.O.Y.L.I) iaitu Lans Koperal K.Hutchinson, Prebet A.Dobson dan Prebet H.Woodhouse terbunuh dalam operasi. Berikutan kematian mereka, seluruh Platun Ke-4, Batalion Pertama K.O.Y.L.I telah berjaya dimusnahkan oleh pengganas komunis di sebuah lombong tinggal di Bidor. Selepas kemerdekaan, pekan Bidor berada dalam pengawasan Batalion Ke-20, Pasukan Polis Hutan (PPH). Unit ini terkenal dengan unit elitnya yang dipanggil Senoi Praaq yang bermaksud 'Orang Perang' dalam bahasa Semai. Senoi Praaq dianggotai anak-anak tempatan Orang Asli dari suku Semai yang dilatih oleh S.A.S (Special Air Service), skuad elit dari tentera Britain. Senoi Praaq ditubuhkan pada bulan Mei 1957 oleh Leftenan-Kolonel R.O.D.Noone yang ketika itu Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dan dilatih oleh Mejar John Slim (S.A.S) untuk menjejak dan memusnahkan kem-kem pengganas. Pada tahun 1957, Senoi Praaq mempunyai 2 skuardon dengan kekuatan 160 orang. Dua tahun kemudian, skuad ini berkembang kepada 4 skuardon dengan kekuatan lebih 200 orang. Kem sedia ada Batalion 18 PGA dan Batalion 3 PGA di Jalan Tapah yang berkeluasan 389 hektar siap pada tahun 1983. EKONOMI Dahulu ekonomi pekan Bidor bergantung kepada pertanian seperti perusahaan jambu batu, buah-buahan eksotik, penternakan ayam/itik, getah, dan kelapa sawit. Kini, perindustrian telah sedia terdapat atas galakan kerajaan negeri yang membawa masuk usahawan dari luar negara seperti Korea, Jepun dan Taiwan untuk menjana industri kecilan yang berasaskan elektronik, dan barang konsumer. Juga, salah satu punca pendapatan Bidor datangnya daripada orang luar yang singgah di bandar ini dalam perjalanan mereka ke tempat lain disebabkan populariti makanan dan hasil tani pekan ini. Sebelum pengenalan Lebuhraya Utara-Selatan, Bidor ialah bandar persinggahan yang tidak boleh dielakkan oleh semua pemandu. Kini, pemandu tetap memilih untuk singgah di Bidor untuk makan dan berehat sebelum meneruskan perjalanan. |
You are subscribed to email updates from di bidor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan