07 di kuala sepetang - Google Blog Search |
nizartwork: <b>Kuala Sepetang</b> - Antara Api-api, Berembang, Kelip-kelip Posted: 30 Sep 2012 12:57 AM PDT Melayan Abang Johari : Kalau di dalam perniagaan, melayan kehendak pelanggan, ada berbagai cara. Melayan kehendak abang Jo, sesuatu yang berbeza, dan kena pula salah soerang biras yang terdekat. Antara hutan rimba, laut dan bakau adalah kehidupan serta kerjanya. Tiga Puloh Ringgit sahaja: Berehat 'kepala' dan badan, cara Abang Johari setelah pulih stroke dua tahun lalu cukup mudah. Walaupun dulu, ada masanya masuk hutan dan meredah paya, biasa baginya, kini sedikit payah pergerakannya. Diajaknya bermalam di Hutan Paya Bakau(Pusat Eko Pelajaran), Kuala Sepetang. Tiga Puloh Ringgit sahaja satu chalet. Yang perlu dibawa, cuma selimut. Jangan ditanya kenapa tiada selimut. Dorm muat 14 badan, disewa dua. Cuma kami dua keluarga. Sunyi..., kerana tiada pelawat besar dan pelajar yang menginap hujung minggu. Selesai makan petang di luar, kami berlima ke pekan Kuala Sepetang. Mengejar pulang solat Maghrib di chalet. Berembang, api-api, kelip-kelip: Semasa mula-mula sampai, tidaklah pula akan kami boleh bezakan mana pokok api-api, berembang, bakau minyak. Berbagai pengalaman dan cerita dapat dipelajari daripada abang Jo. Bukannya renjar ataupun mergastua. Usai Maghrib, terkejar-kejar ke jeti Pusat Eko. Sudah ditentukan sesuatu perkara. Ianya bukan 'kebetulan'."Che Khairul..." di dalam kegelapan Maghrib, menegur salah seorang yang mukanya sudah yakin di hati. Che' gu Amirul (sila lawat: http://www.kualasepetang.com/) membawa sekumpulan pelancung daripada Pahang melihat kelip-kelip. Sesuatu yang berbeza cara, penerangan kelip-kelip bersama media elektronik(notebook!) di dalam bot. Jelas dan mudah memahaminya. Apakah suatu hari nanti, akan hilangnya pokok berembang, maka hilanglah juga kelip-kelip. Mungkin juga untuk menikmati keindahan Allah s.w.t pada masa itu, mungkin 'perlu dibayar harganya', akan kerana kita juga yang mungkin 'tiada ambil kisah' akan alam ciptaanNya. Mungkin tiada lagi boleh diundur segalanya. Mereka yang kecil mungkin tidak mengerti lagi apa itu eko sistem. Kami pula sudah 'dipenghujung' usia dan masih bertatih belajar melihat akan ciptaanNya. Akan ingat juga pada cucu abang Jo - Ajib, jatuh jambatan di Pusat Eko, semasa mula-mula tibanya kami di sana. Berselut . Selesai sarapan pagi di Kampung Menteri, Kuala Sepetang, kami pulang. Jeti nelayan Kampung Menteri tidak sempat disinggah. Sekadar lalu dan lihat. InsyaAllah singgah di lain masa.. . |
You are subscribed to email updates from di kuala sepetang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan