Jumaat, 5 Oktober 2012

07 di chemor - Google Blog Search

07 di chemor - Google Blog Search


Kilang Pengeluar Tangki Fibre Terbakar <b>di Chemor</b> – Perak Today

Posted: 05 Oct 2012 03:45 AM PDT

Gambar Hiasan:-

Dua buah blok kilang yang menghasilkan tangki berasaskan gentian kaca di Kuala Kuang, dekat Chemor terbakar dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.15 petang tadi.

Kebakaran yang dipercayai berpunca di bahagian tengah kilang yang menyimpan bahan-bahan mudah terbakar seperti bahan petroleum dan etanol hingga menyebabkan 80 peratus daripada kilang itu terbakar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, P. Samasuvam berkata, anggotanya tiba di tempat kejadian pada jam 1.39 petang dan mengambil masa kira-kira 40 minit untuk mengawal api daripada terus marak ke bahagian lain.

Katanya, tiga jentera dari Balai Bomba Ipoh dan masing-masing satu jentera dari Pasir Puteh dan Simpang Pulai dengan kekuatan seramai 26 orang anggota dikerahkan ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran.

"Ketika jentera sedang dalam perjalanan ke tempat kejadian, asap sudah kelihatan begitu tinggi," katanya.

Samasuvam berkata, punca kejadian serta jumlah kerugian masih disiasat.

Sementara itu, pengawal keselamatan kilang Ismail Yusof, 63 berkata, kejadian berlaku apabila beliau melihat sekumpulan bekerja berlari keluar dari kilang terbabit.

"Bila nampak api sudah menyala, saya terus membuat panggilan kepada pihak bomba.

"Saya juga mengarahkan semua kenderaan yang di berada di kawasan kilang segera dipindahkan," jelasnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Datuk Nadzri Ismail yang sempat turun padang melawat ke tempat kejadian menasihatkan orang ramai supaya tidak menghampiri kawasan kilang yang terbakar itu.

Menurut beliau, kilang terbabit memproses produk daripada 'fibre' yang boleh menjejaskan kesihatan orang ramai.

"Saya harap orang ramai menjauhkan diri dari kawasan ini bagi mengelak terhidu bau asap daripada kebakaran ini," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan