Rabu, 17 Oktober 2012

07 di bukit gantang - Google Blog Search

07 di bukit gantang - Google Blog Search


Pesta durian <b>di Bukit Gantang</b> hujung minggu ini – Perak Today

Posted: 18 Jul 2011 02:38 AM PDT

Sebanyak 5,000 durian akan disediakan untuk orang ramai pada Pesta Durian Perak 2011 di Dataran Long Jaafar, Bukit Gantang, pada Sabtu dan Ahad ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Zainol Fadzli Paharuddin, berkata mereka yang hadir dari 10.30 pagi hingga 1 petang pada hari Sabtu boleh menikmati durian percuma tetapi selepas itu bayaran sebanyak RM9 akan dikenakan.

Pesta itu dianjurkan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Kementerian Pelancongan serta kerajaan Perak dan akan dirasmikan Oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Zainol Fadzli berkata, antara aktiviti yang akan diadakan ialah acara makan durian, pameran dan jualan, persembahan artis tempatan, acara lelong durian serta pertandingan dan demonstrasi masakan tradisional.

"Pelancong dari Eropah yang menginap di beberapa homestay di sekitar Taiping turut dijemput menghadiri pesta itu," katanya.

- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan