Rabu, 17 Oktober 2012

07 di pangkor - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di pangkor - Google Blog Search


~ ME, MYSELF and I ~: <b>Pangkor</b>...apa yang ada <b>di</b> pulau ini?

Posted: 18 Sep 2012 01:05 AM PDT

Bagi makcik..Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor ini suasana  sangat lah sesak pada waktu-waktu cuti umum.  Ramai yang mengambil peluang menghabiskan cuti-cuti mereka di sini. Daripada tempat penginapan, gerai-gerai makan, pantainya adalah dipenuhi dengan ramai orang.


Hari Ke2, masa diisi dengan bersiar-siar dan melawat sekitar Pulau. Antara tempat-tempat lawatan adalah ke KILANG SATAY IKAN, KUIL BUDDHA FOO LIN KONG, KOTA BELANDA...



Untuk info aje...kami telah bertanya kepada pemandu yang membawa kami ke Kilang Satay Ikan ini. Ini saja ke kilang memproses makanan yang ada di Pangkor ini? Katanya.."tempat ini dijamin kebersihannya dan pekerja-pekerja di kilang ini adalah berbangsa Melayu. Takut kalau dibawa ke kilang proses yang lain..takut nanti semua orang tak sanggup dan tak lalu pulak melihatnya". Aah kan..betul la tu..kalau tengok pun dah tak sanggup..nak memakannya apatah lagi...:-(

Bawah ni gambar-gambar di FOO LIN KONG TEMPLE..




 Replika Tembok Besar China 
(malas nak panjat bukit..shoot gambar dari bawah jer :-p)








 Berdekatan dengan Kota Belanda ini, ada sejarah peninggalan BATU BERSURAT
Atas batu bersurat ini terdapat lukisan gambar harimau. Dikatakan pada tahun 1743,  salah seorang anak pembesar Belanda telah dibaham harimau semasa bermain-main di kawasan ini. Jadi lukisan ini adalah sebagai mengingati anak pembesar Belanda yang hilang tersebut.Walau bagaimanapun di kalangan penduduk di sini, anak pembesar Belanda berkenaan telah dicolek oleh Lanun. Kalau nak tahu sejarah Pulau Pangkor lebih lanjut boleh lah ke sini.
Disebabkan cuaca panas terik dan anak-anak sibuk nak mandi manda di pantai..dari Kota Belanda ini terus balik ke resort. Petangnya anak-anak berendam, berguling sakan dalam air laut.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved