Rabu, 17 Oktober 2012

07 di parit buntar - Google Blog Search

07 di parit buntar - Google Blog Search


KESATUAN GELOMBANG MELAYU: Selamat pagi <b>parit buntar</b>.

Posted: 09 Oct 2012 06:35 PM PDT

Parit buntar, daerah di utara negeri Perak. Terleak dalam daerah Kerian. Daerah Kerian merangkumi kawasan perak utara, seperti parit buntar dan bagan serai. Parit buntar, mempunyai beberapa pekan, seperti pekan lama Parit Buntar, pusat bandar, pekan batu lima, titi serong, tanjung piandang, kuala kurau dan beberapa pekan lebih kecil seperti bagan tiang. Parit buntar sinonim dengan orang banjar. orang banjar yang membuka dan mendiami asal parit buntar. kebanyakan parit-parit di kawasan ini dikenali dengan nama-nama tokoh penduduk setepat. Seperti parit abas, parit mat ali, parit lebai akhir dan sebagainya. Parit buntar berdekatan dengan laut, perairan selat melaka. Ban Pecah adalah tempat yang makan yang menjadi salah satu tempat peranginan, santai petang dan malam bagi penduduk sekitar dan tetamu luar. Parit buntar menjadi pusat pentadbiran utama bagi daerah kerian. Parit buntar sekarang adalah kawasan yang dimenangi oleh parti pembangkang, ahli parlimen parit buntar adalah calon pas yang menang dalam PRU ke 12. Ianya mempunyai dua dun, dun titi serong dan kuala kurau. kedua-dua din ini juga jatuh ke tangan parti pembangkang. Parit buntar menjadi salah satu kawasan yang akan menentukan kemenangan BN atau pembangkang untuk memerintah negeri perak. Buat masa sekarang, BN dan pembangkang sedang bekerja keras untuk menang dlm pru akan datang. Semua pihak sibuk buat program untuk menang. persaingan antara BN dan pembangkang sangat sihat. Tidak berlaku sebarang pergaduhan antara kedua-dua pihak. Mungkin ini kerana kedua-dua parti sama ada dari pihak kerajaan dan pembangkang, ahlinya berjiran dan juga kawan yang dikenali atau di kawasan ini disebut kulaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan