Isnin, 19 November 2012

07 di kuala kangsar - Google Blog Search

07 di kuala kangsar - Google Blog Search


MPP Online: Azhar Idrus kena REJECT <b>di Kuala Kangsar</b>...

Posted: 11 Sep 2012 05:00 PM PDT

Ramai yang suka dengar ceramah Azhar Idrus.. Gua rasa, mungkin selain dari dorang cari pengetahuan pasal ilmu agama, mungkin dorang lebih tertarik pada lawak jenaka yang selalu ada dalam ceramah ustad tersebut..

Walau bagaimanapun, ramai juga yang tak 'berkenan' dengan stail beliau berceramah yang dikatakan berat sebelah menghentam kerajaan, tapi tak mampu menegur pentadbiran kerajaan negeri Pakatan khususnya Pas..

Sebelum ni, Azhar Idrus juga pernah menggelarkan kerajaan BN sebagai kerajaan syaitan.. Puncanya cuma negara ni ada menjual arak dan juga pusat perjudian..

Tapi Azhar Idrus tak pulak berani tegur Kerajaan Pas Kelantan yang banyak bina rumah berhala dan juga tokong-tokong buddha yang ada setinggi bangunan 3 tingkat..

Azhar Idrus juga tak berani tegur Kerajaan Pas Kedah yang luluskan banyak pusat hiburan sejak mengambil alih pentadbiran negeri dari BN..

Di kedua-kedua negeri jajahan Pas tersebut juga, ada penjualan arak secara terbuka serta kedai menjual nombor ekor.. Tapi didiamkan pulak oleh Azhar Idrus.. Kenapa agaknya ye?

Azhar Idrus juga pernah mengkritik pemimpin BN yang kononnya bermewah-mewah sedangkan rakyat susah dalam negara..

Tapi korang kena tahu, Azhar Idrus sendiri pakai kereta mewah untuk pergi ceramah.. Dia nak suruh pemimpin kerajaan zuhud, tapi dia sendiri cakap tak serupa bikin.. Apa kejadahnya tu beb?

So.., adakah Azhar Idrus layak digelar pendakwah Islam? Adakah pendakwah Islam boleh 'pilih bulu' dalam menyampaikan kebenaran?

Kalau Azhar Idrus berani 'belasah' kerajaan BN yang dia dakwa tak islamik, apakah Azhar Idrus setuju dengan topeng Islamik yang dibawa oleh Pas?

Mungkin Azhar Idrus setuju sebab dia sendiri pun bertopengkan agama untuk cari makan..

Mungkin juga Azhar Idrus tak berani hentam Pas sebab dia tahu kebanyakan jemaah Pas lebih mudah untuk diperbodohkan dengan manipulasi agama.. (Nik Aziz dah lama buat kerja ni..)

Maka tak heranlah kalau Azhar Idrus tak dibenarkan berceramah di banyak negeri dalam Malaysia beb.. Termasuklah yang paling baru.., di Kuala Kangsar..

Sebuah NGO di Kuala Kangsar amat kesal dengan keputusan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar yang tidak meluluskan permohonan untuk menyewa Dewan Jubli Perak sebagai lokasi kuliah Ustaz Azhar Idrus di Kuala Kangsar yang dijadualkan pada 16 September 2012.

Dewan yang menelan belanja 14.72 juta itu dilihat tempat yang paling sesuai memandangkan ia mampu menampung 5000 tempat duduk di bahagian dalam. Selain daripada itu lokasinya yang strategik di tengah Bandar Diraja Kuala Kangsar. serta mempunyai persekitaran parking yang luas.

Sedangkan di Dewan yang sama inilah Hassan Ali pernah diberi ruang melancarkan produk JATInya.

Tidak dapat dinafikan adanya tekanan politik pihak tertentu yang menyebabkan keputusan tersebut dibuat. Kehadiran Ustaz Azhar Idrus di lihat oleh pihak tertentu akan memberikan impak kepada kesedaran rakyat terhadap Islam yang akan mengancam kedudukan politik mereka yang sudah sedia terancam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan