Isnin, 19 November 2012

07 di lumut - Google Blog Search

07 di lumut - Google Blog Search


PM Lancar Gagasan NAJ1B <b>Di Lumut</b> Hari Ini

Posted: 18 Oct 2012 01:28 AM PDT

 

KUALA LUMPUR 18 Okt - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan "Gagasan NAJ1B", iaitu lanjutan kepada pendekatan Gagasan Aman Jaya yang selama ini dipraktikkan dalam pentadbiran kerajaan negeri Perak.

 

Gagasan NAJ1B yang merupakan akronim kepada Gagasan Negeri Aman Jaya 1Malaysia Bersatu, cetusan idea Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, dilancarkan sempena program Jamuan Janji Ditepati, di Lumut hari ini, lapor Bernama.

 

Majlis itu merupakan antara beberapa acara yang dihadiri Perdana Menteri sempena lawatan beliau ke Teluk Intan, Seri Manjung dan Lumut.

 

Zambry berkata Gagasan NAJ1B akan memperkukuh lagi slogan "Tiada Tertinggal Tiada Terpinggir" dalam memastikan semua rakyat mendapat nikmat daripada limpahan kemakmuran negeri di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional.

 

Beliau berkata gagasan itu juga merupakan terjemahan kepada pendekatan 3P iaitu Padang, Perasaan dan Penyelesaian yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

 

"Melalui pendekatan-pendekatan ini, pada akhirnya, rakyat yang hidup aman dan berjaya akan menyumbang kepada pencapaian matlamat negara Malaysia yang bersatu padu melalui konsep 1Malaysia," katanya.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan