Isnin, 19 November 2012

07 di kuala kurau - Google Blog Search

07 di kuala kurau - Google Blog Search


APMM Anjur Program Jiwa Murni 2011 <b>Di</b> Perkampungan Nelayan <b>...</b>

Posted: 28 Dec 2011 12:16 AM PST

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 3 Lumut bersama Pangkalan APMM Kuala Kurau telah menjayakan Program Jiwa Murni Kembara Maritim 2011 di Perkampungan Nelayan Kuala Kurau, semalam.

Majlis perasmian telah dilaksanakan oleh Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Utara, Laksamana Pertama Maritim Muhammad Basar  Taji.

Hadir sama Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim 3, Kepten Maritim Ang Cheng Hwa, Pengerusi -Pengerusi Persatuan Nelayan.

Kembara Maritim dijayakan dengan penglibatan persatuan nelayan, Kementerian Kesihatan dan anggota APMM Daerah Maritim 3 Lumut.

Pelbagai acara diadakan seperti gotong royong, acara sukan bagi kanak-kanak dan golongan dewasa, pertandingan memasak, cabutan bertuah dan sumbangan keperluan kepada ibu tunggal dan anak-anak yang cemerlang dalam peperiksaan.

Program tersebut diadakan bertujuan untuk menambur khidmat bakti secara sukarela kepada masyarakat  terutamanya komuniti maritim yang dikenalpasti layak menerima bantuan serta membina imej yang baik kepada APMM amnya di kalangan masyarakat setempat khususnya dengan para nelayan.

Projek Jiwa Murni yang dijalankan ini merupakan salah satu aktiviti tahunan APMM Daerah Maritim 3.

Untuk program kali ini, Pangkalan Maritim Kuala Kurau telah dipilih untuk menjadi tuan rumah dan diharapkan aktiviti ini dapat diteruskan pada masa hadapan. – Nooraini Mahamad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan