Isnin, 19 November 2012

07 di behrang - Google Blog Search

07 di behrang - Google Blog Search


Majlis Perkahwinan Bro Framestone – <b>Behrang</b>

Posted: 17 Nov 2012 11:48 PM PST

Majlis Perkahwinan Bro Framestone – Behrang
" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lb.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

07 di trolak - Google Blog Search

07 di trolak - Google Blog Search


munnafendy.com: (review) Majlis sanding <b>di Trolak</b> :)

Posted: 29 Jun 2012 09:16 PM PDT

Lagi lagi entri kahwin. Gasakkkklah kan...haha..kenduri kahwin kat kampung saya biasanya memang start awal dan habis pun awal. Dalam pukul 11pagi dah nampak ramai dah yang datang dan dalam pukul 2 petang, khemah dah lengang! Jadi bersanding pun tak boleh lewat, kalau tak hilang dah la meriahnya.
Dalam pukul 12 tengahari rombongan keluarga Fendy dah sampai. Tunggu mak andam pi tacap2 sikit pengantin lelaki dan bersiap. Nak pakai sampin (sampin ke samping?) pun tak reti, mak andammm jugak..biasalah 1st time kahwin kan.... ::kikiki::
Jom layan gambar (dari kamera abang saya)....awas! Gambar sangat banyak :p



















Bunga tangan Calla Lily DIY by Shahzee, inspirasi dari SINI. Tengkiu sister! Muaaahhhhh!
Makan beradap semua dimasak sendiri oleh makcik saya, kakak2 dan kawan-kawan mak. Makacehh :)

07 di lumut - Google Blog Search

07 di lumut - Google Blog Search


PM Lancar Gagasan NAJ1B <b>Di Lumut</b> Hari Ini

Posted: 18 Oct 2012 01:28 AM PDT

 

KUALA LUMPUR 18 Okt - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan "Gagasan NAJ1B", iaitu lanjutan kepada pendekatan Gagasan Aman Jaya yang selama ini dipraktikkan dalam pentadbiran kerajaan negeri Perak.

 

Gagasan NAJ1B yang merupakan akronim kepada Gagasan Negeri Aman Jaya 1Malaysia Bersatu, cetusan idea Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, dilancarkan sempena program Jamuan Janji Ditepati, di Lumut hari ini, lapor Bernama.

 

Majlis itu merupakan antara beberapa acara yang dihadiri Perdana Menteri sempena lawatan beliau ke Teluk Intan, Seri Manjung dan Lumut.

 

Zambry berkata Gagasan NAJ1B akan memperkukuh lagi slogan "Tiada Tertinggal Tiada Terpinggir" dalam memastikan semua rakyat mendapat nikmat daripada limpahan kemakmuran negeri di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional.

 

Beliau berkata gagasan itu juga merupakan terjemahan kepada pendekatan 3P iaitu Padang, Perasaan dan Penyelesaian yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

 

"Melalui pendekatan-pendekatan ini, pada akhirnya, rakyat yang hidup aman dan berjaya akan menyumbang kepada pencapaian matlamat negara Malaysia yang bersatu padu melalui konsep 1Malaysia," katanya.

 

07 di kuala kangsar - Google Blog Search

07 di kuala kangsar - Google Blog Search


MPP Online: Azhar Idrus kena REJECT <b>di Kuala Kangsar</b>...

Posted: 11 Sep 2012 05:00 PM PDT

Ramai yang suka dengar ceramah Azhar Idrus.. Gua rasa, mungkin selain dari dorang cari pengetahuan pasal ilmu agama, mungkin dorang lebih tertarik pada lawak jenaka yang selalu ada dalam ceramah ustad tersebut..

Walau bagaimanapun, ramai juga yang tak 'berkenan' dengan stail beliau berceramah yang dikatakan berat sebelah menghentam kerajaan, tapi tak mampu menegur pentadbiran kerajaan negeri Pakatan khususnya Pas..

Sebelum ni, Azhar Idrus juga pernah menggelarkan kerajaan BN sebagai kerajaan syaitan.. Puncanya cuma negara ni ada menjual arak dan juga pusat perjudian..

Tapi Azhar Idrus tak pulak berani tegur Kerajaan Pas Kelantan yang banyak bina rumah berhala dan juga tokong-tokong buddha yang ada setinggi bangunan 3 tingkat..

Azhar Idrus juga tak berani tegur Kerajaan Pas Kedah yang luluskan banyak pusat hiburan sejak mengambil alih pentadbiran negeri dari BN..

Di kedua-kedua negeri jajahan Pas tersebut juga, ada penjualan arak secara terbuka serta kedai menjual nombor ekor.. Tapi didiamkan pulak oleh Azhar Idrus.. Kenapa agaknya ye?

Azhar Idrus juga pernah mengkritik pemimpin BN yang kononnya bermewah-mewah sedangkan rakyat susah dalam negara..

Tapi korang kena tahu, Azhar Idrus sendiri pakai kereta mewah untuk pergi ceramah.. Dia nak suruh pemimpin kerajaan zuhud, tapi dia sendiri cakap tak serupa bikin.. Apa kejadahnya tu beb?

So.., adakah Azhar Idrus layak digelar pendakwah Islam? Adakah pendakwah Islam boleh 'pilih bulu' dalam menyampaikan kebenaran?

Kalau Azhar Idrus berani 'belasah' kerajaan BN yang dia dakwa tak islamik, apakah Azhar Idrus setuju dengan topeng Islamik yang dibawa oleh Pas?

Mungkin Azhar Idrus setuju sebab dia sendiri pun bertopengkan agama untuk cari makan..

Mungkin juga Azhar Idrus tak berani hentam Pas sebab dia tahu kebanyakan jemaah Pas lebih mudah untuk diperbodohkan dengan manipulasi agama.. (Nik Aziz dah lama buat kerja ni..)

Maka tak heranlah kalau Azhar Idrus tak dibenarkan berceramah di banyak negeri dalam Malaysia beb.. Termasuklah yang paling baru.., di Kuala Kangsar..

Sebuah NGO di Kuala Kangsar amat kesal dengan keputusan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar yang tidak meluluskan permohonan untuk menyewa Dewan Jubli Perak sebagai lokasi kuliah Ustaz Azhar Idrus di Kuala Kangsar yang dijadualkan pada 16 September 2012.

Dewan yang menelan belanja 14.72 juta itu dilihat tempat yang paling sesuai memandangkan ia mampu menampung 5000 tempat duduk di bahagian dalam. Selain daripada itu lokasinya yang strategik di tengah Bandar Diraja Kuala Kangsar. serta mempunyai persekitaran parking yang luas.

Sedangkan di Dewan yang sama inilah Hassan Ali pernah diberi ruang melancarkan produk JATInya.

Tidak dapat dinafikan adanya tekanan politik pihak tertentu yang menyebabkan keputusan tersebut dibuat. Kehadiran Ustaz Azhar Idrus di lihat oleh pihak tertentu akan memberikan impak kepada kesedaran rakyat terhadap Islam yang akan mengancam kedudukan politik mereka yang sudah sedia terancam.

07 di chemor - Google Blog Search

07 di chemor - Google Blog Search


Azatiesayang: Kenduri <b>Di Chemor</b>

Posted: 01 Sep 2012 07:02 PM PDT

Salam & selamat berhari mggu semua.
Tghari semlm atie & MyLaling g ke majlis perkahwinan sepupu kat Chemor perak....xpernah sampai lg tpt ni.
Kami disertai oleh 3 biji kereta....anakbuah Mylaling 2 biji kereta & kakak ipar sekluarga.Seblm ke Chemor kami singgah kt umah Abg ipar kt Ipoh  yg akan sama2 menyertai kami.
Bestnya g ramai2 camni...tp cam sedih la jgk sbb Adik xder bersama cuma anak llaki jer yg masih bercuti lagi.
Mmg bersakan mkn nasi minyak...sbb dh lama xg kendurikan!.Kat sana family MyLaling berjejak kasih la pulak....maklum la pyh nk jumpa,masa kenduri la br jumpa semula.
Paling happy MIL atie la...
walaupon trpaksa berpapah klu nk jln tp gembiranya dia bila dpt jumpa anak sedara,sepupu sepapat,anakbuah belah2 sana...
ingat nk singgah umah Apak jap tp 3 biji kete yg berkonvoi ngan kami tu,tak tau jln nk blk ke BD.Hadoiii...
Trpaksa la cancel nk blk kg...jenguk Apak.Sampai kat umah...kelam kabut atie masak sbb MyLaling & Abg dh lapar semula.hikhik


 Pinggan atie...nasi campor2

Sedap CC nih!



p/s:Ada kenangan lucu berlaku pd atie kat sana...nanti atie citer ya.Aduiii..malunya!

07 di changkat keruing - Google Blog Search

07 di changkat keruing - Google Blog Search


Lori jatuh jambatan | N9 Kini - Portal Berita Negeri Sembilan

Posted: 18 Nov 2012 08:55 PM PST

IPOH , 19 Nov- Sebuah lori tiga tan tanpa muatan terjunam setinggi 10 meter sebelum terhempas di 'pulau' dalam kejadian kemalangan di Kilometer 43 Jambatan Sultan Idris Shah II, Titi Gantung, di Bota dekat sini, pagi semalam.

Keadaan lori tanpa muatan yang terjatuh dalam kemalangan pagi semalam.

Kejadian itu menyebabkan pemandu lori, Lo Su Soon, 56, dari Changkat Keruing, maut di tempat kejadian manakala seorang kelindan warga Indonesia, Santiadi, cedera ringan dan dirawat di Hospital Changkat Melintang (HCM).

Bagaimanapun, Seorang lagi kelindan warga Nepal, Gangaraj Gsimire, terselamat apabila sempat melompat keluar daripada lori terbabit untuk menyelamatkan diri sebelum kenderaan itu terjunam ke 'pulau' tersebut.

Mangsa maut dipercayai mengalami kecederaan di kepala dan beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Fakri Che Sulaiman, berkata, dalam kejadian yang berlaku pada jam 9 pagi itu, lori terbabit sedang dalam perjalanan dari Bota menghala ke Ipoh.

Menurutnya, lori berkenaan cuba memotong jentolak di hadapannya namun tidak berjaya sebaliknya tersangkut di bahagian 'penyodok' belakang kenderaan terbabit.

"Lori itu melanggar belakang sebuah jentolak, berpusing lalu terbabas sebelum merempuh besi pengadang jambatan dan terhumban ke bawah jambatan setinggi kira-kira 10 meter," katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, polis turut mendapatkan bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu.

Beliau menambah, usaha menaikkan lori terbabit memakan masa selama empat jam kerana menunggu bantuan kren dari Ipoh.

"Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik HCM untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarga," katanya.

07 di sungai siput - Google Blog Search

07 di sungai siput - Google Blog Search


Muslimeen United: Konvoi Kembara Oren disekat <b>di Sungai Siput</b>

Posted: 03 Nov 2012 06:06 AM PDT



Satu konvoi yang diketuai pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman dilaporkan disekat oleh sekumpulan individu ketika cuba memasuki kawasan Felda Lasah di Sungai Siput, Perak.

Laman Harakahdaily melaporkan, Mazlan turut dikasari oleh beberapa orang individu dalam kejadian pada kira-kira jam 10 pagi itu.

"Kemungkinan lebih dari 100 orang yang menghalang dan mengepung kenderaan kami dan jumlahnya bertambah ramai.

"Kebanyakan mereka memakai baju berlogo Umno dan BN," katanya seperti dipetik Harakahdaily.

Gambar yang disiarkan bersama laporan itu menunjukkan sekumpulan individu berhimpun di antara beberapa buah kenderaan di atas sebatang jalan.

Ia juga menunjukkan kumpulan tersebut membawa bendera BN dan juga poster yang tertera slogan "Mazlan Aliman jangan rosakkan masa depan Felda".

Laman itu juga melaporkan, sekurang-kurangnya 10 orang anggota polis turut berada di tempat kejadian.

Dilaporkan, konvoi bersama 20 kenderaan dalam program Kembara Oren Selamatkan Felda – satu acara anjuran Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Perak dengan kerjasama ANAK.

Program yang mensasarkan golongan peneroka itu, menurut Harakahdaily, bertujuan memberi penerangan mengenai isu berhubung Felda.

ANAK sebelum ini giat mengadakan siri bantahan ke atas usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holding ke Bursa Malaysia.

NGO berkenaan juga mengadakan satu perhimpunan disertai 5,000 orang pada pertengahan Julai lalu bagi menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung usaha penyenaraian tersebut.

MK


Satu konvoi yang diketuai pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman dilaporkan disekat oleh sekumpulan individu ketika cuba memasuki kawasan Felda Lasah di Sungai Siput, Perak.

Laman Harakahdaily melaporkan, Mazlan turut dikasari oleh beberapa orang individu dalam kejadian pada kira-kira jam 10 pagi itu.

"Kemungkinan lebih dari 100 orang yang menghalang dan mengepung kenderaan kami dan jumlahnya bertambah ramai.

"Kebanyakan mereka memakai baju berlogo Umno dan BN," katanya seperti dipetik Harakahdaily.

Gambar yang disiarkan bersama laporan itu menunjukkan sekumpulan individu berhimpun di antara beberapa buah kenderaan di atas sebatang jalan.

Ia juga menunjukkan kumpulan tersebut membawa bendera BN dan juga poster yang tertera slogan "Mazlan Aliman jangan rosakkan masa depan Felda".

Laman itu juga melaporkan, sekurang-kurangnya 10 orang anggota polis turut berada di tempat kejadian.

Dilaporkan, konvoi bersama 20 kenderaan dalam program Kembara Oren Selamatkan Felda – satu acara anjuran Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Perak dengan kerjasama ANAK.

Program yang mensasarkan golongan peneroka itu, menurut Harakahdaily, bertujuan memberi penerangan mengenai isu berhubung Felda.

ANAK sebelum ini giat mengadakan siri bantahan ke atas usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holding ke Bursa Malaysia.

NGO berkenaan juga mengadakan satu perhimpunan disertai 5,000 orang pada pertengahan Julai lalu bagi menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung usaha penyenaraian tersebut.

MK

07 di bidor - Google Blog Search

07 di bidor - Google Blog Search


Restoran Ayam Herbal, <b>Bidor</b> (Review) | Silampuneon

Posted: 19 Nov 2012 03:23 AM PST

Salam,
Kalau kamu semua nak tahu...restoran ni kedai pakcik dan makcik saya :) Setiap kali lalu Perak...mesti nak kena singgah BIDOR dan singgah Restoran Ayam Herbal ni :)
Masa on the way back dari Alor Setar ke Kuala Lumpur..kami singgah dinner kat Restoran Ayam Herbal :) Walawehhh...memang terbaiklah ~! Kenyang betooii hahahah :P
Tak sempat nak singgah rumah maklang sebab dah penat sangat badan ni..terus shoot ke KL lepas dinner :)
Restoran Ayam Herbal, Bidor - Perak.
Alamat : Restoran Ayam Herba.
No 17, Taman Batang Padang Baru.
NAK MAKANNNN MASAKAN AYAM KAMPUNG ???
yang ni kakak ipar i yang order
Nasi Timbal Ayam Goreng Kampung
yang ni along i order sampai dua pinggan dia order nasi ayam ni
Yang bestnya boleh main dengan ciman ciman mucuk mucuk ! Hashaha...kat tepi tu ada akuarium ikan..iman asyik cakap PISHHH PISHHH sambil tunjuk ikan dalam akuarium :)
 Kueytiao hailam bidor sudah mari....melahap sambil dimulakan dengan bacaan bismillah. Pinggan dia besar wehhhh saya cuba habiskan tapi huaaa tinggal baki jugak...huhuhu memang sedap gila !
Air pulak kami order..air tembikai, air epal, dan air carrot susu :)
semua pinggan besar gedabak..harga sangat berpatutan..presentation semua puas hati..jadi anda semua apa lagi ! Mai ke sini,
singgah Restoran Ayam Herbal di BIDOR :)
Restoran Ayam Herbal, Bidor - Perak.
Alamat : Restoran Ayam Herba.
No 17, Taman Batang Padang Baru.

ini gambar i curi kat internet :)
ok babai ! jangan lupa singgah sini ya !!

07 di kuala kurau - Google Blog Search

07 di kuala kurau - Google Blog Search


APMM Anjur Program Jiwa Murni 2011 <b>Di</b> Perkampungan Nelayan <b>...</b>

Posted: 28 Dec 2011 12:16 AM PST

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 3 Lumut bersama Pangkalan APMM Kuala Kurau telah menjayakan Program Jiwa Murni Kembara Maritim 2011 di Perkampungan Nelayan Kuala Kurau, semalam.

Majlis perasmian telah dilaksanakan oleh Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Utara, Laksamana Pertama Maritim Muhammad Basar  Taji.

Hadir sama Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim 3, Kepten Maritim Ang Cheng Hwa, Pengerusi -Pengerusi Persatuan Nelayan.

Kembara Maritim dijayakan dengan penglibatan persatuan nelayan, Kementerian Kesihatan dan anggota APMM Daerah Maritim 3 Lumut.

Pelbagai acara diadakan seperti gotong royong, acara sukan bagi kanak-kanak dan golongan dewasa, pertandingan memasak, cabutan bertuah dan sumbangan keperluan kepada ibu tunggal dan anak-anak yang cemerlang dalam peperiksaan.

Program tersebut diadakan bertujuan untuk menambur khidmat bakti secara sukarela kepada masyarakat  terutamanya komuniti maritim yang dikenalpasti layak menerima bantuan serta membina imej yang baik kepada APMM amnya di kalangan masyarakat setempat khususnya dengan para nelayan.

Projek Jiwa Murni yang dijalankan ini merupakan salah satu aktiviti tahunan APMM Daerah Maritim 3.

Untuk program kali ini, Pangkalan Maritim Kuala Kurau telah dipilih untuk menjadi tuan rumah dan diharapkan aktiviti ini dapat diteruskan pada masa hadapan. – Nooraini Mahamad.