|   07 di sungai siput - Google Blog Search   | 
| IdaMan: BN Terdesak <b>Di Sungai Siput</b> Posted: 18 Dec 2012 12:08 AM PST   Parti   Sosialis Malaysia (PSM) membidas  dakwaan sesetengah media kononnya   wujud pertelingkahan antara parti itu dan PKR berhubung isu penamaan   calon dan penggunaan logo parti di Sungai Siput pada Pilihan Raya Umum   ke-13 (PRU-13) akan datang.     Setiausaha   Agung PSM, S. Arutchelvan berkata, soal itu tidak wajar dijadikan isu   memandangkan mereka (PSM dan PKR)  masih dalam fasa perbincangan.   "PSM   memang mahu bertanding pakai logo sendiri tapi kami (PSM dan PKR) tidak   berbalah seperti yang dikhabarkan media, sebaliknya masih berbincang   secara baik.   "Dulu   hampir 10 tahun pendaftaran parti ini ditolak, jadi sekarang sebagai   parti yang telah berdaftar, sudah tentu PSM mahu gunakan logo sendiri.   Tapi kalau ada logo bersama itu juga boleh diterima," katanya ketika   dihubungi The Malaysian Times (TMT) di sini hari ini.   Beliau   berkata demikian sebagai mengulas laporan media kononya   PSM dan PKR   yang dikatakan saling bertelagah dalam isu penamaan calon dan penggunaan   logo parti di Sungai Siput bagi PRU – 13.   Ditanya   mengenai sokongan pengundi Sungai Siput yang dilihat mula kembali   menyokong Barisan Nasional (BN), S. Arutchelvan berkata :   "Saya   tidak rasa sokongan pengundi telah berkurang kerana apabila kami turun   padang berjumpa rakyat, mereka masih lagi setia menyokong parti ini.   "Ahli   Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar Devaraj juga telah melakukan   bermacam usaha untuk menaik taraf kehidupan rakyat di Sungai Siput,   jadi soal isu pengundi kembali kepada BN tidak timbul sama sekali,"   jelasnya.   Selain   itu, S. Arutchelvan menambah, BN kini dilihat sedang berhadapan masalah   menamakan  calonya di Sungai Siput kerana sehingga kini BN masih belum   mengemukakan nama calon yang sepatutnya.   "Kerajaan   MIC-BN semakin terdesak nampak gayanya sekarang ini. Kenapa Datuk S   Samy Vellu yang telah bersara kembali berkempen? Saya rasa mereka telah   mengalami kepupusan kepimpinan baru," ujarnya.   Sementara   itu, memberi maklum balas yang sama, Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr   Michael Jeyakumar Devaraj meminta media tidak membuat sebarang spekulasi   yang tidak benar.   "Saya   tahu, ini lah yang diharapkan BN sebenarnya, supaya kami parti   pembangkang akan bergaduh sesama sendiri sekaligus menakutkan pengundi   dengan dakwaan yang tidak betul. Malang sekali itu semua tidak akan   berlaku.   "Sama   seperti parti lain juga, kalau ada masalah sekalipun, ia hanyalah   masalah kecil sahaja yang pasti boleh diselesaikan tanpa perlu   pertelingkahan," katanya.   Diminta   mengulas mengenai desas-desus Sungai Siput bakal jatuh semula ke tangan   BN, beliau berkata, pihaknya yakin bahawa sokongan rakyat terhadap   pembangkang masih teguh di parlimen tersebut.   "Apa   yang boleh saya katakan, situasi sekarang adalah 50-50. Tetapi saya   tetap percaya kami (pembangkang) ada peluang untuk menang," kata beliau.   Untuk   rekod, PSM menang dalam Pilihan Raya Umum 2008 menggunakan tiket PKR   namun kedua-dua parti itu dikhabarkan mengalami perselisihan pendapat   berikutan isu logo parti yang akan digunakan pada pilihan raya akan   datang.   Pada PRU   2008, bekas Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu gagal mempertahankan   kawasan tersebut yang diwakilinya sejak 1974 kepada Jayakumar dengan   majoriti 1,821 undi.   Perlantikan   Samy Vellu sebagai Pengerusi BN Parlimen Sungai Siput awal bulan lepas   selepas mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib   Tun Razak telah mendapat reaksi yang berbeza di kalangan penyokong dan   pemimpin BN sendiri.   Persoalanya   mampukah Samy Vellu meredakan politik Sungai Siput selepas tersungkur   di PRU 2008? Apakah pengaruhnya masih kuat disana seiring dengan   tuntutan politik semasa ?   MIC   dikatakan masih mencari seorang calon yang sesuai yang dapat   mempengaruhi senario politik Sungai Siput tanpa "campurtangan" mana –   mana pihak.   TMT   difahamkan , antara nama – nama yang dipertimbangkan oleh MIC dan pucuk   pimpinan tertinggi BN termasuklah,  Naib Presiden MIC Datuk S.K.   Dewamany, Ketua Pemuda T. Mogan, Setiausaha Agung MIC Datuk S.   Murugessan dan  bekas Timbalan Menteri Datuk T. Murugiah. TMT | 
| You are subscribed to email updates from di sungai siput - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
 
   
Tiada ulasan:
Catat Ulasan