Sabtu, 19 Januari 2013

di negeri perak - Google Blog Search

di negeri perak - Google Blog Search


Bukti Penyelewengan Tanah <b>Di Negeri Perak</b> Oleh Datuk Seri <b>...</b>

Posted: 31 Dec 2012 01:36 AM PST

IPOH, 31 DIS: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir digesa membatalkan pemberian tanah primer kepada kroni UMNO dan Barisan Nasional (BN) dan menjelaskan kenapa tanah berkenaan diberi tanpa melalui proses tender terbuka.Di saat media pro-UMNO cuba mengheret Pengerusi DAP Negeri Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dengan tuduhan skandal tanah di Gua Musang bagi mengalihkan perhatian umum daripada dosa BN, beliau mendedahkan pula skandal tanah di bawah pentadbiran BN negeri itu.Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Ngeh hari ini, skandal pemberian tanah kepada syarikat kroni BN di Perak yang beliau dedahkan pada Sidang DUN negeri itu termasuk:

1. 15.0 ekar tanah di Mukim Lumut diberi kepada Reality Axis Sdn Bhd.

2. 32.07 ekar tanah di Mukim Kamunting diberi kepada YBU Holding Sdn Bhd.

3. 147.84 ekar tanah di Mukim Lumut diberi untuk dibangunkan Kinta Berkat Sdn Bhd.

4. 58 ekar tanah bandar di Bandar Lumut diberi kepada J & S Holdings Sdn Bhd.

5. 40 ekar tanah di Perak Tengah (Sri Iskandar) diberi kepada Toyo Chemicals Sdn Bhd.

Menurut Ngeh lagi, cukai tanah berkenaan masih belum dibayar, oleh itu pemberian tanah itu masih boleh dibatalkan tanpa sebarang kesan besar kepada kerajaan negeri.Beliau yang juga Ahli Parlimen Beruas menggesa pemberian itu dibatalkan supaya tanah primer itu ditawarkan secara tender terbuka untuk dibangunkan, manakala sebahagian lagi dirizab untuk pembangunan kemudahan awam pada masa hadapan."Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir telah mengelak daripada menjawab soalan saya pada sidang Dewan Undangan Negeri mengenai pemberian tanah berkenaan," kata Ngeh yang menuntut Zambry menjelaskan kenapa tanah itu diberi kepada syarikat terbabit.Menurut Ngeh lagi, BN telah mempersoalkan pemberian tanah seluas 1.1 ekar oleh Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, meskipun tanah itu diberi melalui sistem tender terbuka. Beliau kini mencabar pemimpin BN untuk turut menuntut supaya tanah primer di Perak itu diberi semula melalui tender terbuka. – Roketkini.com

Tinggalkan Komen

Tiada komen.

RSS Komentar URI Pengenal Pasti Jejak Balik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan