Rabu, 27 Februari 2013

07 di batu gajah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di batu gajah - Google Blog Search


BERTUKAR KERJA KE <b>BATU GAJAH</b> DALAM MASA <b>...</b> - al-lamborri

Posted: 10 Feb 2013 04:10 PM PST


Dengan takdir tuhan, maka tuan itu pula telah ditukarkan ke Pahang dan digantikan oleh seorang pegawai lain daripada sana "Oswald Watson" namanya yang sebangsa dengannya.  Semasa bertukar anak-anak dan isteri saya telah saya hantar untuk sementara ke rumah adik saya di Ipoh sementara saya mencari rumah dan saya duduk menumpang di rumah rehat di Batu Gajah.  Kebetulan di masa itu, tuan yang baru tiba daripada Pahang itupun berada di rumah rehat itu jua.  Maka pada hari besoknya, baharulah saya tahu tatkala saya melaporkan kerja kepadanya.
Tuan inipun garang orangnya sebagaimana orang-orang bangsanya tetapi tidak berapa lama selepas kami bekerja bersama-sama maka ia pula amat baik kepada saya disebabkan oleh beberapa perkara yang terjadi selepas itu di antaranya:-
(1)   Selepas kami tiba di Batu Gajah, maka kami masing-masing buatlah baucer tuntutan bagi belanja tukaran masing-masing
Bagi diri saya termasuklah tuntutan bagi belanja makan sebelum bertukar, belanja   makan di jalan dan selepas sampai ke Batu Gajah selama tujuh hari.  Ia tidak mahu luluskan kerana katanya belanjanya tinggi dan lama hingga tujuh hari.  Saya jawab saya tuntut ialah sebagaimana yang diluluskan oleh Peraturan 'AM (GO) dan Peraturan Kewangan (F.G.O.).  Baru ia luluskan dan saya terus dibayar.
Tuan itu pula membuat tuntutan bagi dirinya dan termasuk belanja tambang bagi suami orang gajinya.  Saya beri ia tahu belanja itu tidak diluluskan dan ia marah.  Katanya apa orang gajinya hendak buat?  Itu senang saja iaitu jika suami hendak mengikut bininya, maka suaminya kena membayarnya dan jika isterinya pula sebaliknya berkehendakkan suaminya maka pihak isterinya akan menanggung perbelanjaan itu.  Jika tuan pula berkehendakkan mereka bersama mari maka tuanlah membayar tambang suami orang gaji tuan dan inipun telah lebih dariapad sekian orang.  Ia berdegil juga dengan tuntutan itu dan apabila tuntutan itu diterima di Pejabat Perbendaharaan belanja itu tidak dibenarkan.
(2)   Pada satu pagi ia meminta telipon kepada pejabat yang ia bekerja dahulu di Pahang sebelum ia bertukar ke Batu Gajah.  Ia minta nombor "Pahang23".  Telipon Operator jawab tidak ada nombor itu.  Ia bertempik menyebutkan nombor itu yang katanya itulah nombor yang ia pakai hari-hari di masa ia di sana.  Operator begitu jua menjawab.  Oleh itu, tuan itu jadi lebih lagi hangat dan ia mengugut ia akan report perkara itu kepada Ketua Jabatan Telekom.
Saya mari dekat kepadanya dan bertanya apa telah jadi.  Katanya ia minta nombor yang dikehendakinya dan operator tidak mahu bagi.  Saya jawab benarlah nombor itu tentu tiada kerana Pahang ialah nama negeri dan hendaklah disebutkan nama pekan (Exchange) tempat itu.  Dan dengan itu barulah ia mengerti sebab yang ia tidak boleh dapat nombor dimintanya.  Dan apabila ia sebutkan nama "Exchange" itu maka dengan serta-merta ia dapat bercakap.
Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-Lamborri

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved