Rabu, 27 Februari 2013

07 di sungai siput - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di sungai siput - Google Blog Search


Perhilitan nafi ular raksasa dijumpai <b>di Sungai Siput</b>

Posted: 28 Jul 2010 08:11 AM PDT

Perhilitan nafi ular raksasa dijumpai di Sungai Siput

28/07/2010 6:25pm

IPOH 28 Julai - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak hari ini menyangkal laporan penemuan seekor ular raksasa di hutan Sungai Siput dekat sini baru-baru ini seperti yang disiarkan sebuah akhbar hari ini.

Pengarahnya Shabrina Shariff berkata pemeriksaan dan siasatan yang dijalankan pihaknya mendapati tiada laporan atau kes penemuan ular raksasa di kawasan berkenaan.

"KIta juga mendapati gambar (yang disiarkan akhbar itu) itu dapat dilihat dalam internet melalui pelbagai laman web...gambar yang berasal dari China itu disebarkan sejak tahun 2009, katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut laporan akhbar berkenaan, ular raksasa itu dijumpai oleh sekumpulan pekerja balak di hutan Sungai Siput baru-baru ini dan ular berkenaan kemudiannya dibunuh.

Shabrina berkata, Perhilitan juga sebelum ini pernah melihat gambar seperti itu yang disiarkan sebuah akhbar di Sabah selain laporan mengenai dakwaan penduduk di Paloh Inai, Pahang pada Mac lepas mengenai penemuan ular raksasa.

Beliau berkata, memang terdapat ular besar di Malaysia seperti ular sawa tetapi belum pernah dijumpai sebesar itu. - Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved