Rabu, 27 Februari 2013

07 di kinta - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di kinta - Google Blog Search


House PK: DULU SUPER <b>KINTA</b> KINI UTC IPOH!

Posted: 03 Dec 2012 10:19 PM PST


Kewujudan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di bandar raya Ipoh bakal memberi impak positif kepada pertumbuhan sosial dan ekonomi di kawasan sekitarnya.

Ketika ini, kerja menaiktaraf bangunan yang dahulunya dikenali sebagai pasar raya Super Kinta sedang giat dilaksanakan oleh kontraktor dilantik dan sudah 70 peratus siap.

Pusat sehenti yang menempatkan pelbagai agensi kerajaan dan swasta itu dijangka beroperasi sepenuhnya pada Disember depan, sekaligus menjadi UTC ketiga di negara ini selepas di Kuala Lumpur dan Melaka.

Baru-baru ini, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dilaporkan berkata, kerajaan negeri berpuas hati dengan kerja menaiktaraf bangunan menempatkan pasar raya Super Kinta yang suatu ketika dahulu pernah menjadi tumpuan wargakota Ipoh.

Katanya, kewujudkan pusat sehenti itu pastinya akan menggembirakan rakyat khususnya wargakita Ipoh.

"UTC bakal berfungsi sebagai pusat khidmat setempat akan menempatkan pelbagai jabatan kerajaan bagi memudahkan orang ramai menyelesaikan pelbagai urusan di bawah satu bumbung," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Zambry menegaskan, UTC Ipoh itu boleh dikategorikan sebagai pusat transformasi yang menarik, strategik dan terbesar dan apabila siap sepenuhnya, ia juga dijangka bakal mengubah landskap di kawasan berkenaan.

Beliau tambahnya, turut mengemukakan beberapa cadangan untuk kemudahan pengunjung kelak termasuklah menyediakan laluan bersesuaian, tempat solat, bilik mesyuarat dan kawasan khas untuk ibu menempatkan anak mereka buat sementara ketika berurusan di pusat berkenaan.

"Di bahagian bawah UTC ini pula, kita sarankan agar disediakan gelanggang futsal atau kawasan-kawasan permainan untuk golongan muda. Secara keseluruhannya, kita harap UTC ini akan mampu menjadi satu pusat untuk semua," katanya lagi.

Sementara itu, peniaga yang ditemui Peraktoday.com menyahut baik usaha kerajaan Pusat menaiktaraf pasar raya Super Kinta menjadi UTC ketiga di negara ini.

Salah seorang daripada mereka, Normah Idris, berkata projek itu mampu melonjakkan semula pendapatan peniaga di Pasar Besar Ipoh yang terjejas teruk apabila pasar raya Super Kinta ditutup kira-kira sembilan tahun lalu.

Read more...

<b>Kinta</b> Menjerit : Punarmu...Niza Meroyan kencing kuat kat Pasir <b>...</b>

Posted: 19 Feb 2013 07:00 PM PST


Adakah Niza Meroyan akan bertanding lagi di DUN Pasir Panjang apabila PRU13 nanti? Kalor si Meroyan ni baguih komer undi ler dia lagi, gua tak kisah punyer tapi lu orang tanggung ler sendiri.
Laporan artikel dari berita tempatan, dibawah;

ADUN Pasir Panjang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menerima satu lagi tamparan hebat apabila ahli Dewan Kelab Penyokong PAS DUN Pasir Panjang mengisytiharkan membatalkan keahlian mereka dan menyokong Barisan Nasional.

Bekas pengerusi kelab S.Saravanan, 42, berkata seramai 1,000 termasuk dirinya mengambil keputusan membatalkan keahlian mereka setelah rasa tertipu dengan PAS. Katanya mereka yang meninggalkan kelab itu sudah tidak tahan dengan segala janji kosong yang ditabur pemimpin PAS terutama wakil rakyatnya iaitu ADUN Pasir Panjang.

Menurutnya mereka bukan sahaja diabaikan malah tidak ada satu pun janji yang PAS buat sewaktu berkempen pada pilihanraya 2008 dipenuhi. "Saya sudah bersama dengan mereka hampir lima tahun dan kami semua sangat menderita kerana tidak ada satu pun permintaan kami dilayan,seperti kemudahan lampu jalan, taman permainan. Lebih menyakitkan hati apabila kami meminta peruntukan untuk adakan jamuan kecil mereka memarahi kami dengan alasan tiada sebarang peruntukan," kata pekerja kontraktor TNB itu.

Saravanan nekad untuk menyedarkan ahli lain supaya menamatkan keahlian mereka secepat mungkin. Katanya beliau dan rakannya yang telah meninggalkan kelab itu akan membuat lawatan rumah ke rumah bagi menerangkan kepada orang ramai mengenai segala penipuan PAS dan wakil rakyat Pasir Panjang.

Saravanan merupakan antara bekas ahli kelab itu yang hadir menyerahkan borang keahlian MIC kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di majlis Perhimpunan Jentera BN Parlimen Lumut di Marina Island, Teluk Muroh petang Ahad yang lalu.

N. Maniam, 55, yang bekerja sebagai juru teknik di sebuah syarikat perkapalan melahirkan rasa kecewanya kerana segala janji manis yangditaburkan Nizar hanya tinggal janji semata-mata. Katanya Nizar telah meletakkan pengundi-pengundi di DUN Pasir Panjang ibarat 'habis manis sepah dibuang'.

"Masa dia nakkan undi kami bermacam-macam dia janji tapi sehingga sekarang tidak ada satu pun dia buat untuk kami," katanya.

Beliau berkata mereka sebelum ini telah memberi Nizar masa untuk membuktikan segala janjinya tetapi sehingga kini masih gagal walaupun pilihan raya akan diadakan pada bila-bila masa. "Dia langsung tak peduli kami. Dia pun tahu dia akan kalah sekiranya bertanding di DUN Pasir Panjang. Itu sebab kami dengar dia nak bertanding di kawasan lain," katanya.

M. Prabaharan, 38, yang merupakan penyokong tegar PAS sebelum ini turut meluahkan rasa kesalnya kerana menyokong PAS dan berjanji akan memberikan sokongan padu kepada BN. "Dulu saya seorang penyokong kuat PAS namun selepas memenangi PRU yang lepas, semua penipuan mereka dah terbukti. Kini saya berikrar berkempen habis-habis untuk sokong BN sebab kami rasa amat tertipu dan tak mahu orang lain tertipu seperti kami," kata pekerja kontrak tersebut.

Kesemua mereka menyeru ahli kelab lain supaya segera meninggalkan PAS dan menyokong BN supaya kerusi DUN Pasir Panjang dapat dikembalikan kepada BN pada PRU-13.

* sumber dari laman portal berita tempatan

Slogan Niza Meroyan = Janji Manis Ditabur Kemudian Dilupai
Slogan BN = Janji Ditepati

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved