Isnin, 25 Februari 2013

07 di kuala sepetang - Google Blog Search

07 di kuala sepetang - Google Blog Search


<b>Kuala Sepetang</b> Railway Land Settlement | hikaru2000

Posted: 11 Feb 2013 11:53 PM PST



TAIPING 14 Jan. - Kerajaan negeri mampu menunaikan janji untuk menyelesaikan kemelut tanah di sepanjang tanah rizab Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Taiping-Kuala Sepetang apabila menganugerahkan 870 geran hak milik sementara kepada penduduk terlibat.

Selain memberi 560 lot kepada penduduk di Kampung Kurnia Jaya, 320 lot lagi turut diberikan bagi penempatan semula penduduk bagi memberi laluan kepada pembinaan landasan kereta api berkembar Ipoh-Padang Besar.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, penyelesaian isu itu adalah antara intipati lawatan turun padang beliau ke sekitar Parlimen Bukit Gantang bagi memastikan janji-janji Barisan Nasional (BN) sebelum ini dikotakan kepada rakyat.

Beliau berkata, ia termasuk pembinaan masjid, sekolah agama, surau, jalan raya serta lampu isyarat selain pembinaan 20 Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kurnia Jaya bernilai RM40,000.
"Ini merupakan sebahagian daripada sentuhan akhir bagi melihat sejauh mana pelaksanaan terhadap janji-janji yang telah dibuat.

"Tiada kena-mengena dengan pilihan raya kerana program turun padang ini sudah dibuat sejak empat tahun ini dan hampir seharian kita ke seluruh ceruk kampung bertemu masyarakat," katanya selepas mengadakan pertemuan kali ketiga bersama penduduk Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kurnia Jaya Tambahan, di sini semalam.

Yang turut hadir isteri beliau, Datin Seri Saripah Zulkifli, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Trong, Datuk Rosli Husin, ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman Mohd. Jailu, Penasihat Hal Ehwal Kaum India negeri, Datuk S. Veerasingam dan Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Datuk Redza Rafiq.

Pada majlis itu, Zambry turut menyampaikan bantuan beg sekolah oleh NCIA, basikal sumbangan Persatuan Nelayan Negeri Perak dan beberapa kotak makanan kepada Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan.

Selain itu, beliau turut mengumumkan peruntukan RM30,000 bagi kerja-kerja membaik pulih sebuah sekolah agama di Kurnia Jaya dan RM37,000 lagi untuk mengganti kelengkapan perabot Sekolah Agama Rakyat (SAR) Al Falah Addiniah di Taman Yayasan, Kamunting.

Zambry turut menyerahkan sumbangan replika kunci bernilai RM35,000 kepada Mohd. Zin Saad bagi membaik pulih rumah keluarganya yang terbakar baru-baru ini.

Selain itu, beliau juga sempat menghadiri kenduri penduduk tempatan, Tarmizi Shamsuddin yang melangsungkan perkahwinan anak keduanya, Mohd. Helmi bersama pasangannya, Fathimatusshifaa Mohd. Zulkifli.

Kemelut tanah yang berlarutan sejak April 2009 melibatkan masalah setinggan di kawasan sepanjang jalan kereta api Taiping-Kuala Sepetang pada awalnya menemui jalan buntu apabila KTMB meminta RM37 juta untuk mengambil alih tanah berkenaan.

Namun, kerajaan negeri merayu kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengetepikan bayaran itu demi kepentingan rakyat memandangkan ia telah didiami oleh beberapa generasi kira-kira selama 60 tahun.

Berikutan itu, Kerajaan Pusat akhirnya bersetuju melepaskan tanah rizab itu kepada Kerajaan Perak kerana ia tidak lagi digunakan untuk operasi kereta api sejak 1941.

Terdahulu, Zambry yang dalam lawatan sehari di sini, bersarapan pagi di Gerai Kota Jaya di Simpang sebelum bertemu masyarakat di dewan Kuil Sri Meenachi Soma Sundareswarar di Simpang Halt di sini.

Beliau turut sempat melawat tapak pembinaan Masjid Taman Yayasan di sini bernilai RM1.5 juta yang boleh memuatkan kira-kira 500 jemaah dan dijangka siap pada Mei tahun ini.

Ai Punya Cerita: Makan Mee Udang <b>di Kuala Sepetang</b>.

Posted: 10 Oct 2012 06:18 AM PDT

Assalamualaikum....

Jom makan kat Kuala Sepetang.
Daripada zoo ke Kuala Sepetang lebih kurang 15 - 16 km ja. Patutnya dalam setengah jam dah sampai, tapi disebabkan GPS tunjuk jalan yang 'paling dekat' maka ambil masa lebih kurang 45 min. Entri zoo  kat sini.

Dekat Kuala Sepetang tu paling femes kedai MakTeh dan kedai MakJah. Ada jugak kedai PakHashim tapi tgk tak ramai singgah kat situ.

So aku n family p kedai MakJah. Kat situ femes makanan yang berasaskan udang. Mintak sotong goreng tepung mmg nan ado.  Mee udang biasa RM7.00, kalau nak yang special RM11.00. Depa kata special tu saiz udang. Tapi aku tgk sama ja. Udang dia mmg rasa fresh.  
Tapi mintak maaf sebab aku suka lagi makan mee udang kat Juru, Penang (warung Paksu).  Sebab masa aku p tu kuah mee just rasa sos.  Dan bila mintak cili potong, dia kata habis.  Last sekali bawa mai sos. :-(.

Makyah mintak mee goreng, sampai nak balik mee goreng tak sampai. Entah la kat mana silapnya. Malam tu tak la ramai sangat orang. Mungkin kalut nak solat maghrib rasanya. So Makyah share mee udang dengan aku.

Aku order udang goreng tepung. 1st time aku dapat udang yang digoreng dengan kulit2nya sekali.  Walaupun kulit dia macam lembut tapi selalunya kalau makan udang, aku mesti buang kulit so dgn otometiknya aku buang sekali tepung tu. So udang goreng tepung aku dan jadi udang togel!

Makyah oder ABC dan cucur udang.  Cucur udang dia ok jugak.

Bila semua orang makan, dia pun nak makan.  Bila orang tak layan, budak kecik ni dah mula nak buat perangai.

Sebelum dia bukak speaker, tok dia dukung dulu.  Kalau dengan makcik tak jalan sebab kalau tengah dok gelak2 pun, dia boleh nangis kalau makcik dukung.  Pengasuh dia panggil Queen of Vocal. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan