Jumaat, 1 Mac 2013

07 di bercham - Google Blog Search

07 di bercham - Google Blog Search


SHARE THIS STORY - Rakyat Marhaen

Posted: 01 Mar 2013 06:55 PM PST

Noraziah Nor, 29, isteri kepada anggota komando Insp Zulkifli Mamat, 30, tidak dapat menahan sebak dan pengsan sejurus menerima berita kematian suaminya.
  
"Nak balik, Azi nak balik, tolong bawa Azi balik, tolonglah sesiapa hantar Azi balik...," begitulah rintihan Noraziah yang dilihat tidak berhenti-henti menangis ketika ditemui di kediaman bapa angkat pasangan itu di Bandar Baru Putra, Bercham di Ipoh.
  
Noraziah yang merupakan guru di sebuah sekolah di Tanjung Rambutan terpaksa dipimpin beberapa jiran dan anggota keluarga kerana pengsan sebelum dihantar ke klinik berhampiran.
  
Pasangan yang menetap di Bandar Baru Putra, Bercham itu mempunyai dua cahaya mata iaitu Mohammad Akmaluddin, 5, dan Mohammad Akhil, setahun dan Noraziah kini mengandung anak ketiga.
  
Zulkifli, adalah antara dua anggota komando yang terkorban dalam insiden tembakan membabitkan kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah hari ini.

  
Sementara itu, bapa angkat pasangan itu, Sjn Hussain Harun, 53, yang merupakan jurulatih pusat latihan Pasukan Gerakan Am (PGA), Hulu Kinta berkata beliau menerima berita itu selepas solat Jumaat sebaik sahaja Noraziah datang ke rumahnya.
  
"Saya cukup terkejut apabila mengetahui berita ini dan Aziah terus pengsan sebaik memberitahu kami.
  
"Saya mengenali arwah pada tahun 2004 semasa dia menyertai Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis) UUM dan saya merupakan pengajar untuk pandu arah peta," katanya sambil memberitahu kali terakhir beliau bertemu arwah ialah minggu lepas sebelum bertolak ke Lahad Datu.
  
Ibu angkat Allahyarham Noor Ainita Mohamad, 49, berkata Allahyarham seorang yang baik hati dan peramah.
  
"Arwah memang rapat dengan suami saya... sekiranya ada masalah arwah akan datang rumah dan cerita masalah dia pada kami. Kehilangannya sangat dirasai,"
katanya.
  
- Bernama

foto2 semalam <b>di</b> Lahad datu - RumahkuSyurgaku , Kenali <b>...</b>

Posted: 01 Mar 2013 07:26 PM PST

 Ibu rindu pelukan Inspektor Zulkifli, isteri pengsan dengar berita kematian
BESUT - Khadijah Ismail akan merindui pelukan dan kemanjaan anaknya, Inspektor Zulkifli Mamat, 30, yang sering tidur diribanya setiap kali pulang ke kampung selepas pegawai polis itu terbunuh di Lahad Datu, Sabah semalam.Khadijah, 64, berkata, anak ketiga daripada enam beradik itu adalah seorang penyayang dan sikapnya tidak pernah berubah walaupun sudah beristeri dan bakal mempunyai tiga orang anak.Isteri Zulkifli ialah Nor Aziah Nor, 28."Setiap kali balik ke kampung, perkara pertama arwah buat ialah peluk saya, Perangai arwah tidak berubah dari sebelum kahwin hingga dia sudah memiliki anak," kata warga emas itu ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kubang Ikan dekat sini semalam.Kata wanita itu, Zulkifli, 29, yang dipanggil Ngah dalam kalangan ahli keluarga berlepas ke Sabah pada Jumaat lalu dan sepanjang berada di Sabah dia ada menghubunginya dan memaklumkan akan pulang segera."Saya tidak sangka, genap seminggu berkhidmat di Sabah hanya jasad arwah yang pulang," katanya sambil memberitahu kali terakhir dia bertemu anaknya adalah ketika Zulkifli pulang ke kampung pada 21 Januari lalu bagi menziarahi neneknya yang meninggal dunia.Bagaimanapun, Khadijah memberitahu, dia reda dengan pemergian arwah yang sudah tujuh tahun berkhidmat dalam komando polis di Ulu Kinta, Perak.Jenazah Zulkifli akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Bayor pukul 11 pagi hari ini.Sementara itu, di Ipoh, Nor Aziah pengsan selepas memaklumkan berita sedih itu kepada keluarganya di Bandar Baru Putra, Bercham di sini.Nor Aziah yang hamil dua bulan merupakan seorang guru di sebuah sekolah di Tanjung Rambutan di sini.
 Situasi di pekan Lahad Datu, jarak pekan dan lokasi serangan ialah 120km.
 Kedutaan Malaysia di Filipina dikawal ketat bagi mengelak apa-apa kemungkinan.
 Keadaan di Hospital Lahad Datu
Askar berkampung di tengah bandar, orang awam di suruh balik ke rumah jadi traffic jam. Kenderaan awam tidak dibenarkan masuk ke bandar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan