Jumaat, 1 Mac 2013

07 di kuala sepetang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di kuala sepetang - Google Blog Search


Melantak Mee Udang <b>Kuala Sepetang</b> - Proride Shock Absorber

Posted: 09 Feb 2012 10:03 PM PST

Kebiasaanya hari ahad memang dah jadi program tetap aku dan family mencari tempat makan yang sedap dan menarik tak kiralah tempat tu dekat atau jauh. Korang mesti pernah dengar kefamousan Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang kan…

Jalan-Jalan Cari makan kali ni aku, isteri dan anak-anak berkesempatan menikmati Mee Udang Mak Jah di Kuala Sepetang, Taiping, Perak. Seawal jam 10 pagi, kami pun bergerak dari Bangi menuju arah Utara demi mencari Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang yang aku terbaca "keenakannya" di akhbar Kosmo 2 minggu yang lalu. Sedap sangat ke sampai mendapat liputan akhbar dan TV ni?

Bukti... Mee Udang Mak Jah memang Ngetop!!

Serius!! Aku memang tak pernah sampai Kuala Sepetang. Oleh itu bantuan GPS diperlukan untuk mencari lokasi Mee Udang Mak Jah. Sepanjang laluan Taiping – Kuala Sepetang terdapat banyak Singboard gerai yang menjual Mee Udang antaranya Salleh Mee Udang, Mak Teh Mee Udang, Mee Udang Banjir… tapi aku tetap nak carik Mee Udang Mak Jah gak sebab nak tau sesedap mana rasanya sampai menjadi bualan di akhbar dan TV.

Pemandangan Pekan Kuala Sepetang

Lebih kurang jam 2 petang kami pun tiba di warung Mee Udang Mak Jah yang terletak di Kg. Menteri, Matang, Kuala Sepetang. Pehhh!!! Memang ramai giler orang yang datang menikmati mee udang kat sini. Bukan takat orang kita je… pelancong dari luar negara pun ramai. Hebat betul penangan Mee Udang Mak Jah ni… Apa pun, aku kena try dulu rasanya hehehe…

Pehh!! Champion la... Full House der..

Untuk rasa sedap atau tak Mee Udang ni… aku dan isteri order 2 mangkuk Mee Udang Special yang harganya RM11 semangkuk. Hampir setengah jam menunggu, mee udang yang aku pesan pun sampai. Nampak memang menarik. Memang terliur aku dibuatnya… dengan hiasan udang segar yang bersaiz XL dalam mangkuk mee tersebut. Dalam bab makan udang ni… aku perlukan bantuan isteri aku untuk mengupas kulitnya hehehe… Ternyata udang yang digunakan untuk Mee Udang ni memang segar… Terbaek dari Ladang!!

Mee Udang Special... RM11 semangkuk

Kami pun jamahlah apa yang kami order. Memang banyak sangat jumlah udang dalam mangkuk Mee Udang Special kami tu. Kalau tak silap ada 6~7 ekor!! Bagaimanapun, rasa keseluruhan Mee Udang Mak Jah ni biasa-biasa jer. Kuahnya rasa manis sikit untuk tekak cam aku ni… Wife aku komen pun cam aku gak. Kalau pedas sikit mungkin lebih mengancam. Cuma… Udang yang disediakan agak fresh membuatkan Mee Udang Mak Jah jadi popular… mungkin huhuhu. Kalau nak compare dengan Mee Udang yang wife aku buat… rasanya sedap lagi yang wife aku buat… Statement ni aku buat berdasarkan tekak aku le. Tak tau la plak kalau tekak korang hehehe…

Wife aku tukang kupas Udang... aku tau melantak je hehehe

Tapi apa pun, kalau korang nak ke sini memang aku galakkan. Ye la… Jalan-jalan cari makan kan… Gerai Mee Udang Mak Jah kat Kuala Sepetang di buka dari jam 11 pagi hingga 10 malam. Untuk pengetahuan korang, Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang ini ada cawangannya di Wangsa Walk, Kuala Lumpur.

Related Posts with Thumbnails

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved