Jumaat, 1 Mac 2013

07 di pantai remis - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di pantai remis - Google Blog Search


Belantan: Isu Selangor : <b>Pantai Remis</b> semakin nazak?

Posted: 14 Dec 2012 02:07 AM PST


Masalah hakisan di Pantai Remis di Jeram, Kuala Selangor semakin teruk dan kini menghampiri sebuah restoran makanan laut di situ.

Sudah hampir setahun masalah hakisan merosakkan pantai Remis di Jeram di sini. Masalah hakisan tersebut menjadi bertambah buruk akibat angin kencang dan ombak kuat pada musim hujan sekarang.

Kerosakan teruk akibat hakisan itu bukan sahaja menjejaskan pantai yang menjadi tumpuan orang ramai itu, malah merosakkan infrastruktur seperti jalan dan kedai yang terdapat di lokasi pelancongan tersebut.

Tinjauan pemberita mendapati, kawasan sepanjang kira-kira 300 meter di pantai berkenaan rosak teruk akibat terhakis dan panorama indah kawasan itu kini boleh dikatakan sudah tiada lagi.

Tidak keterlaluan jika dikatakan keadaannya kini semakin nazak apabila jalan masuk ke pantai itu tidak boleh lagi dilalui kenderaan kerana turut menerima akibat daripada kesan hakisan.

Beberapa kedai makan juga terpaksa ditutup kerana semakin kurang pelanggan ke situ ekoran masalah itu.

Justeru, orang ramai menggesa kerajaan negeri dan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) mengambil langkah proaktif seperti membina benteng penahan ombak supaya keindahan pantai dan kegiatan ekonomi penduduk setempat dapat dikekalkan.

Seorang pengunjung, Fazillah Nasoha, 35, yang mengunjungi pantai berkenaan sekurang-kurangnya seminggu sekali meminta pihak berwajib mengambil serius terhadap masalah hakisan di pantai Remis bagi mengelakkan keadaan lebih buruk berlaku.

"Sayang jika keindahan pantai ini tidak dipelihara kerana lokasi ini berpotensi menjadi destinasi pelancongan yang boleh menarik pengunjung jika dibangunkan dan dipulihara.

"Kita boleh membuat perbandingan dengan perkembangan di kawasan Sekinchan, walaupun tidak mempunyai pantai yang terkenal seperti Pantai Remis tetapi sudah mempunyai pembangunan seperti resort yang cantik," katanya.

Fazilah berkata, memandangkan keadaan hakisan yang semakin serius, sudah pasti para pengunjung bimbang untuk membawa ahli keluarga mereka berkunjung ke pantai tersebut.

Seorang suri rumah, Noraini Baharon, 46, pula melahirkan kebimbangan kesan hakisan Pantai Remis akan menjejaskan kediaman penduduk di kawasan sekitar.

Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 50-an pula berkata, para peniaga di kawasan pantai tersebut bimbang punca rezeki mereka terjejas sekiranya masalah hakisan tersebut tidak cuba diatasi oleh pihak berwajib.

Dia yang telah berniaga di kawasan itu sejak 15 tahun lalu mendapati keadaan pantai Remis sudah sampai ke tahap merbahaya berbanding tahun lalu.

"Beberapa kedai makan terpaksa ditutup kerana pengunjung tidak lagi datang kerana laluan masuk tersekat ekoran keadaan jalan yang teruk dan telah runtuh.

"Hakisan pantai juga menyebabkan tapak tempat saya memulakan perniagaan ditenggelami air. Jadi sekarang saya gunakan lori untuk berniaga memandangkan kawasan itu tidak selamat selain mudah untuk bergerak," katanya.

Suara Politik
Belantan

Giat Program ICT <b>Di Pantai Remis</b> | Program Usahawan ICT

Posted: 22 Nov 2012 10:12 PM PST

Tarikh Program              :  23- 25 November 2012

Lokasi                              : Pusat Giat Mara Beruas, Pantai Remis Perak

Tenaga Pengajar UKM : Prof Dr Abd Razak Hamdan, Hasnida Haris, Mohd Hafiz Ibrahim Residi, Jamaludin, Nurhidayah Ahmad

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved