Jumaat, 1 Mac 2013

07 di seri manjung - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di seri manjung - Google Blog Search


Hampir 200 Rumah <b>Di Seri Manjung</b> Dilanda Ribut, Kejadian <b>...</b>

Posted: 03 Feb 2012 07:49 AM PST

"Habis semua perabot dan barangan elektrik dalam rumah rosak di basahi air. Bagaimanapun saya tetap bersyukur kerana keluarga dan penduduk kampung tidak mengalami sebarang kecederaan.

Asri Mohd Chor

"Harta boleh dicari.. tapi kalau ianya melibatkan kehilangan nyawa atau kecederaan hanya Allah sahaja yang mengetahui," kata Asri Mohd Chor, 52, salah seorang mangsa yang terlibat dalam kejadian ribut di Taman Perumahan Fasa 3A Seri Manjung, dekat Lumut, semalam.

Dalam kejadian itu, sebanyak 119 buah rumah mengalami kerosakan bumbung selain peralatan perabot serta elektrik selepas di basahi air hujan dalam kejadian kira-kira 6.15 petang semalam.

Kejadian itu merupakan paling buruk berlaku sejak setahun lalu, di mana sebanyak lima kejadian ribut dilaporkan berlaku di situ termasuk pada Julai tahun lalu yang melibatkan sebanyak 52 buah rumah penduduk di kawasan perumahan yang sama.

Shaari Zaini

Seorang lagi mangsa, Shaari Zaini, 42, berkata selain mengalami kerosakan di bahagian bumbung rumah, cermin belakang kereta jenis Kancil yang diletak di depan rumah turut pecah akibat terkena serpihan atap yang berterbangan dalam kejadian tersebut.

"Selain cermin kereta, beberapa keping cermin tingkap rumah turut pecah selepas dilanggar serpihan sampah sarap yang berterbangan itu.

"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana tiada seorang pun ahli keluarga cedera akibat kaca tingkap yang pecah itu," katanya.

Sementara itu,  Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar, Rashidi Ibrahim berkata, dalam kejadian kira-kira 6.15 petang semalam,  hampir 200 buah rumah penduduk di Taman Perumahan Fasa 3A, Seri Manjung dan Kampung Datuk Seri Kamaruddin (KDSK) terlibat dalam kejadian tersebut.

"Sehingga jam 12 tengahari ini seramai 185 penduduk dari Taman Perumahan Fasa 3A, Seri Manjung dan KDSK (2) dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.

"Kebanyakan penduduk mengalami kerosakan bumbung rumah serta peralatan elektrik dan perabot selepas rumah mereka dibasahi air hujan.

"Kita juga telah mengarahkan beberapa kontraktor untuk memperbaiki segera bumbung rumah penduduk bagi mengelakan kerugian lebih besar lagi," katanya kepada pemberita ketika meninjau tempat kejadian, hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Manjung, Anuwar Ismail berkata, pihak JKM sedang bersiap sedia memindahkan penduduk ke pusat perpindahan sementara di Dewan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) sekiranya keadaan memerlukan.

"Kita bimbang, hujan atau kejadian sama akan berlaku berikutan amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi melaporkan hujan dan angin kencang akan berlaku dalam tempoh sehari dua ni," katanya.

Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor turut berada di tempat kejadian dan melawat mangsa kira-kira jam 8 malam semalam dan mengarahkan semua jabatan dan agensi kerajaan mengambil tindakan serta merta membantu semua mangsa. – Nooraini Mahamad.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved