Ahad, 17 Mac 2013

07 di manjung - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di manjung - Google Blog Search


Kinta Menjerit : Niza Meroyan lagi <b>di Manjung</b> isu ketuanan Melayu

Posted: 27 Feb 2013 01:16 PM PST


Memang sah kau ni komunis wahai Niza Meroyan.

Laporan akhbar tempatan:
Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyifatkan konsep ketuanan Melayu yang diamalkan di negara ini sejak 55 tahun lalu mesti dihapuskan serta 'dihumban' keluar daripada arus politik negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu mendakwa, konsep ketuanan Melayu hanya menanam sifat kebencian terhadap kaum sekali gus membawa kepada ketidakadilan dan kezaliman.

Sambil menggunakan petikan Surah Al-Maidah ayat 8, Mohammad Nizar ketika menyampaikan kuliah Maghrib di Surau Fasa 3B Manjung di ini malam tadi berkata, konsep ketuanan Melayu tidak dibenarkan Islam.

"Allah kata Aku tidak terima ketidakadilan. Melayu ditanam sifat benci kepada Cina dan India, Cina ditanam sifat benci kepada Melayu dan India, India ditanam sifat benci kepada Cina dan Melayu.

"Setelah 55 tahun berlalu, kita lihat ketidakadilan ini berlaku. Kalau hendak bawa kembali kepada takwa, hilangkan ketuanan Melayu. Dalam Islam, yang hanya dibenarkan adalah ketuanan syarak," katanya.

Mohammad Nizar turut mendakwa, prinsip ketuanan Melayu tidak tercatat dalam sumber berasaskan al-Quran mahupun as-Sunnah, justeru konsep itu harus 'dihumban keluar'.

Mengambil contoh kaum 'Ad dan Thamud, pemimpin Pas itu menegaskan, sesuatu bangsa itu tidak pernah mempertahankan agama, sebaliknya agama yang sepatutnya membela bangsa.

Dalam kuliah maghrib itu, Mohammad Nizar juga mengambil kesempatan menyeru orang ramai supaya membuat keputusan yang betul pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti dengan memilih kerajaan yang tidak mengamalkan rasuah.

"Di akhirat nanti, Allah nak tanya kita. Soalan pertama siapa tuhan kamu? Soalan kedua siapa kerajaan yang memerintah hari ini? Boleh semak surah ke-40 ayat 16," ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diselar menggunakan kuliah maghrib sebagai pentas ceramah politik menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Ketua Wira Perkasa Perak, Mohd. Hafez Mubin Mohd Salleh berkata, perbuatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu amat tidak wajar kerana mencampuradukkan agama dan politik, lebih-lebih lagi ketika berada di rumah Allah.

"Sultan sebelum ini telah menitahkan supaya jangan berpolitik dalam masjid kerana ia boleh menyebabkan perpecahan umat Islam. Ini jelas menunjukkan Mohammad Nizar telah derhaka kepada Sultan.

"Kami juga ingin mempersoalkan sama ada beliau mempunyai sijil kelayakan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak untuk memberi ceramah di masjid-masjid atau di surau," katanya kepada pemberita di Manjung malam tadi.

Mohammad Nizar ketika menyampaikan kuliah maghrib di Surau Fasa 3B Seri Manjung pada malam tadi menceritakan sejarah Islam termasuk Firaun, namun majlis santapan rohani itu dicemari unsur-unsur politik apabila beliau menyentuh dan mempersoalkan konsep ketuanan Melayu.

Beliau yang pada mulanya secara berkias-kiasan mengaitkan kerajaan Firaun dengan 'ketuanan Firaun', akhirnya menyamakannya dalam konteks Malaysia pada penghujung kuliahnya.

Mohammad Nizar antara lain menyeru supaya semangat ketuanan Melayu dihapuskan kerana mendakwa prinsip tersebut tidak dibenarkan oleh Allah.

Kinta Menjerit : VietnamDoll lari lintang-pukang diserbu Imigresen <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 20 Feb 2013 06:00 AM PST


Lapan warga Vietnam yang disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) sanggup melarikan diri ke dalam ladang kelapa sawit untuk mengelakkan daripada ditangkap pihak imigresen dalam operasi di Manjung, petang semalam.

Ketua Imigresen Lumut, Zaidi Zali berkata, tindakan pantas anggotanya telah berjaya menahan kelapan-lapan warga Vietnam yang cuba melarikan diri itu.

Menurutnya, operasi bermula jam 7.30 petang itu tertumpu di restoran yang beroperasi di kawasan ladang kelapa sawit sekitar daerah Manjung.

"Dalam operasi pertama di Kampung Selamat, kita berjaya menahan lapan warga Vietnam berkenaan yang disyaki bekerja sebagai GRO.

"Daripada siasatan, didapati kesemua mereka gagal menunjukkan dokumen perjalanan sah," katanya.

Menurutnya, tangkapan kedua dilakukan di sebuah restoran di Manjung yang juga beroperasi di dalam ladang kelapa sawit.

"Kami berjaya menahan seorang sahaja warga asing dari Vitenam yang turut gagal menunjukkan dokumen perjalanan sah.

"Kita juga percaya GRO lain yang bekerja di restoran berkenaan berjaya menghidu kedatangan kami sebelum melarikan diri," katanya.

Zaidi berkata, operasi berkenaan berakhir jam 8.30 malam itu berjaya menangkap sembilan warga Vietnam berumur antara 20 hingga 41 tahun.

"Mereka semua ditahan di depoh tahanan Langkap selama 14 hari untuk siasatan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

"Kita memang sudah lama melakukan siasatan di kawasan berkenaan berdasarkan kepada aduan orang ramai," katanya.

Katanya, operasi membanteras warga asing tidak mempunyai dokumen perjalanan sah, juga menyalahgunakan pas lawatan sentiasa dilakukan dari semasa ke masa.

Jangan bohong, kata anak mangsa kemalangan <b>di Manjung</b> | Free <b>...</b>

Posted: 08 Mar 2013 01:05 AM PST

"Jangan berbohong. Jangan jadi orang yang tidak jujur. Saya juga akan menuntut keadilan untuk mak saya," kata Tan Yu Sing – anak wanita warga emas yang maut dilanggar trak Hilux yang digunakan oleh Umno di sebuah jalan raya di Manjung.

"Sebenarnya tidak ada orang bertatu pun. Dan di dalam kereta itu ada tiga orang selain pemandu.

NONE"Selepas kemalangan, dua orang telah mencabut logo dacing dan
gambar Zambry. Selepas itu, pemandu pergi dan yang tinggal dua orang tu je di tempat kejadian," kata ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Sementara itu, menurut anak lelaki wanita berkenaan, Tan Yu Sing, meminta pihak polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemandu terbabit.

Beliau juga meminta agar pemimpin Umno tidak lepas tangan berhubung kejadian itu.

"Sebagai pemimpin Umno, anda tidak sepatutnya lepas tangan. Orang yang melanggar itu harus dihukum.

"Jangan berbohong. Jangan jadi orang yang tidak jujur. Saya juga akan menuntut keadilan untuk mak saya.

"Sebenarnya tidak ada orang bertatu pun. Dan di dalam kereta itu ada tiga orang selain pemandu. Selepas kemalangan, dua orang telah mencabut logo dacing dan gambar Zambry. Selepas itu, pemandu pergi dan yang tinggal dua orang tu je di tempat kejadian," katanya.

Tan berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan
Ketua Pemuda Umno Lumut, Mohd Shahril Yahya yang mengaku anggotanya terbabit dalam kemalangan tersebut tetapi menafikan dakwaan pemandu kenderaan itu melarikan diri.

NONESebaliknya, Mohd Shahril dilaporkan berkata,pemandu itu beredar dari tempat kejadian kerana takut dengan beberapa orang bertatu yang berada di lokasi kemalangan itu.

Sementara itu, ADUN Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham ketika dihubungi
berkata, keluarga mangsa yang mengadakan sidang media di pusat khidmatnya semalam, tidak puas hati dengan kenyataan Mohd Shahril itu.

Selain itu, Ngeh juga meminta agar pemimpin serta Ketua Umno bahagian Lumut, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir bertanggungjawab
serta memohon maaf kepada keluarga mangsa.

"Anak-anak wanita itu menyatakan rasa tidak puas hati dan marah dengan Pemuda Umno yang menipu itu.

"Dalam sidang media yang dihadiri empat anak wanita itu, mereka kata tiada orang bertatu. Tetapi menurut anaknya, hanya ada pasukan RELA sahaja.

"Ketua pemuda tu pula kata mereka tak cabut logo, tapi anaknya kata, ada dua penumpang yang telah turun dan cabut logo sebelum pemandu itu lari," katanya.

NONEAhad lalu, akhbar China Press melaporkan, wanita itu menunggang
motosikal berasingan bersama suaminya yang berusia 78 tahun dalam perjalanan pulang selepas menoreh di sebuah estet, dilanggar di sebuah jalan raya di Lekir.

Menurut Facebook cucu mangsa, Joanne Lim, datuknya menunggang motosikal kira-kira enam meter di belakang neneknya sebelum secara tiba-tiba sebuah kereta Hilux dengan logo BN dan Umno meluncur laju dan merempuh belakang motosikal neneknya.

Semalam, pihak polis berkata, mereka telah memulangkan semula trak tersebut selepas menyiasat saksi dan kenderaan terlibat dan kini masih menunggu laporan teknikal Puspakom untuk melengkapkan siasatan.

Short URL: http://www.freemalaysiakini2.com/?p=69714

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved