Ahad, 17 Mac 2013

07 di trolak - Google Blog Search

07 di trolak - Google Blog Search


<b>TROLAK</b> SELATAN: FELDA vs 3 NG .....

Posted: 23 Dec 2012 04:45 PM PST


Aku masih ingat, pada bulan November 1975 aku bersama-sama keluargaku pertama kali menjejakkan kaki ke Felda Trolak Selatan. Pada ketika itu aku hanya berumur 10 tahun. Seronok sangat apabila di sepanjang jalan masuk ke Felda kami melalui jalan yang berbukit-bukit serta pemandangan anak-anak pokok sawit saujana mata memandang. Berbeza sekali dengan kawasan bendang di Bagan Serai tempat aku dilahirkan dan dibesarkan sebelum ini.

Kami sampai di perkarangan Pejabat Felda Trolak Selatan kira-kira jam 1.30 tengah hari. Selepas menunggu hampir setengah jam, abah mendapatkan kami sambil tersenyum dan berkata, "Dah. Dah dapat dah. Nombor 380. Jom kita ikut pegawai tu tunjukkan rumah."

Sampai saja di lokasi yang ditunjukkan, kami sekeluarga terus sahaja turun daripada van meredah lalang tebal yang tumbuh di sekeliling rumah.

"Wah, bestnyer. Inilah rumah kita. Jom kita sapu lantai. Lepas ni bolehlah bawa masuk barang-barang."

Di sebelah rumah kelihatan juga kesibukan sebuah keluarga mengemas rumah kerana mereka juga baru sampai seperti kami. Masing-masing ceria kegembiraan.

Abah terus sahaja mengeluarkan sebilah parang lalu menebas lalang untuk laluan kami masuk. Rumah kayu dengan dua bilik tidur, dinding kayu "berkambi" serta berberanda merupakan kediaman yang begitu indah buat kami. Tidak ada sesiapa pun yang kedengaran merungut tentang apa-apa kekurangan pada masa itu. Semua diterima dengan rasa syukur dan hati yang terbuka walhal keliling rumah semak, ruang rumah sempit, jalan ibarat lorong balak, tiada elektrik, paip air berkongsi dengan 5 rumah yang berdekatan dan mungkin banyak lagi jika hendak disenaraikan kekurangan yang terpaksa dihadapi.

Abah kata esok kena bangun awal sebab ada "rokal" (rollcall). Pagi-pagi lagi dah kena berkumpul di perkarangan pejabat Felda. Berbekalkan parang panjang, masing-masing berbasikal menuju kawasan ladang yang akan diusahakan. Waktu pergi, banyak bukit yang perlu "dicanggah". Jika tidak mampu berkayuh dek kerana jalan berbukit maka basikal terpaksa dituntun. Keadaan waktu balik lebih baik kerana kebanyakannya menuruni bukit. Tak perlu banyak berkayuh tetapi pastikan brek basikal baik.

Susah. Payah. Jerih. Perit. Tetapi abah tak pernah mengeluh sebaliknya sentiasa bersyukur atas nikmat yang diberikan.

Kenapa dan mengapa????????

Kami bukanlah berasal daripada keluarga yang senang atau berada. Abah dan mak sebelum ini hanya mengusahakan bendang yang disewa. Setiap hari abah dan mak berbasikal dari Bagan Serai ke Bukit Merah yang jauhnya kira-kira 12 kilometer jika mengikut jalan taliair. Pergi selepas sembahyang subuh dan sampai semula di rumah lepas asar dan kadang-kadang hampir maghrib.

Tapi aku masih "Bengang" .....

Yang aku "Bengang" ada orang yang dah kaya senang-senang dapat lebih 10,000 ekar tanah di Gua Musang. Dengarnya tanah anugerah pulak tu. Sedangkan kami yang susah pun Felda bagi 10 ekar jer. (Alhamdulillah). Kalau dibahagikan, tidak kurang 1,000 orang peneroka dapat ditempatkan di kawasan tu. Ni cuma 2 orang ...... Alahai ..... simpati tak bertempat .... Kesian kepada kuluarga @ kulaan aku yang masih tak bertanah dan berumah di Bagan Serai .....

Dengar cerita, 3 Ng ni la yang punya angkara .......

Hati-hati Tok Guru ... Depa berdua ni bukan boleh percaya ....... Anti Islam .... Anti Melayu .....
Tok Guru tahu ker kisah 3Ng ni ...... 
Nampaknyer Felda lebih adil mengagihkan tanah kepada ribuan rakyat yang susah berbanding ribuan ekar tanah diberikan hanya kepada 2 orang rakyat kaya hanya demi survival politik yang amat merugikan orang Melayu......
Fikir-fikirkan ..... Wallahuaklam.
Terkini : Baca DISINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan