Ahad, 17 Mac 2013

07 di padang rengas - Google Blog Search

07 di padang rengas - Google Blog Search


Fokus Parlimen <b>Padang Rengas</b>: 48 Peserta Dikenalpasti Sertai <b>...</b>

Posted: 11 Mar 2013 10:53 PM PDT

Masalah banjir kilat yang sering dihadapi kawasan perkampungan yang terletak di sepanjang Sungai Perak kini berakhir apabila kerajaan negeri bersetuju meluluskan tapak Rancangan Penempatan Tersusun (RPT) Kampung Biong, dekat Sauk.

ADUN Chenderoh, Datuk Siti Salmah Mat Jusak, berkata ketika ini, berapa buah rumah sudah siap dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) untuk tujuan menempatkan semula penduduk yang terjejas akibat banjir kilat.

"Sebelum ini, penduduk kampung yang tinggal di sepanjang Sungai Perak sering dilanda masalah banjir kilat dan Kampung Biong adalah kampung yang terjejas teruk.

"Bagi menyelesaikan masalah ini, kerajaan negeri bersetuju mewujudkan Rancangan Penempatan Tersusun (RPT) Kampung Biong dan seramai 48 peserta dikenalpasti untuk menyertai projek ini.

"Kesemua mereka ini akan berpindah RPT Biong yang akan dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur seperti jalan dan bekalan air serta elektrik.

"Sejumlah RM200,000 juga disediakan oleh kerajaan negeri bagi menyediakan kemudahan infrastruktur di kawasan penempatan terbabit," katanya.

Beliau berkata, majlis penyerahan kunci rumah kepada peserta RPT Kampung Biong akan berlangsung tidak lama lagi.

"Sebelum ini, proses pengambilan tanah serta mengenalpasti peserta yang terbabit dengan masalah banjir kilat berjalan dengan lancar.

"Dengan terlaksananya projek ini juga, masalah banjir kilat yang menghantui penduduk Kampung Biong bakal berakhir, sekaligus memberi kehidupan yang lebih selesa kepada mereka di masa akan datang," tambahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan