Selasa, 4 Oktober 2011

07 di behrang - Google Blog Search

07 di behrang - Google Blog Search


Laluan maut pelajar PSAS | peraktoday.com

Posted: 25 Sep 2011 11:01 PM PDT

Setiap hari, pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), dekat Behrang Stesen terpaksa menggadai nyawa untuk menghadiri kuliah kerana menggunakan jalan yang sempit dan menjadi laluan kenderaan berat seperti lori besar.

Laluan dari Bandar Behrang 2020 ke politeknik itu juga tidak mempunyai rizab motosikal di mana kebanyakan pelajar membonceng motosikal untuk menghadiri kuliah.

Seorang pelajar, Nazamir Azhar, berkata masalah itu cukup membimbangkan kerana kemalangan sering berlaku di laluan itu dan setakat ini, banyak nyawa pengguna telah melayang.

"Setiap hari, kami seolah-olah bertarung nyawa untuk ke kuliah terutamanya pada waktu pagi.

"Lampu jalan juga tidak dipasang di sepanjang laluan yang sempit ini dan boleh dikatakan pada setiap semester, pasti ada nyawa yang terkorban di laluan ini.

"Oleh itu, saya berharap agar pihak berwajib dapat melakukan sesuatu yang boleh mencegah dan mengurangkan jumlah kemalangan di jalan ini yang dianggap sebagai laluan maut bagi pelajar PSAS," katanya.

Beliau berkata, jalan yang sempit menyebabkan kenderaan kecil berisiko tinggi untuk terbabit dalam kemalangan.

Antara kawasan yang dikenalpasti mempunyai laluan sempit adalah di Politeknik Sultan Azlan Shah sehingga ke Behrang 2020 dan laluan berhampiran Kampung Kelawar.

PSAS mula beroperasi 1 Mac 2002 dengan nama Politeknik Tanjung Malim (PTM) dan merupakan politeknik yang ke-15 ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

PTM berpindah ke kampusnya sendiri di Behrang dan dirasmikan pada 7 Mei 2005 oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah sebelum ditukar nama menjadi PSAS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan