07 di manjoi - Google Blog Search |
PAS TAMBUN: PENDUDUK <b>MANJOI</b> SUDAH MULA BERSUARA <b>...</b> Posted: 18 Aug 2011 11:29 AM PDT Ini satu perkara yg menarik yg ingin aku usulkan: Menyedari dan meyakini bahawa Pasaraya Maidin yg bakal dibina di Gugusan Manjoi ada kebaikan dan keburukannya kepada penduduk setempat, maka dengan ini di usulkan kepada kerajaan negeri Perak agar : 1. Mengkaji semula Cadangan Pembinaan Pasaraya Maidin dari segala aspek terutamanya dari segi kepentingan rakyat setempat akan segala kebaikan dan keburukan yang bakal diterima memandangkan bahawa sudah terdapatnya Pasaraya Billion yang terletak tidak jauh dari kawasan Gugusan Manjoi. Mengambil kira juga bahawa barangan yang dijual di Pasaraya Maidin ini tidaklah dalam kategori yang berkualiti atau boleh dikategorikan sebagai pelepas kehendak/keperluan di kala sesak sahaja. 2. Menyedari dan meyakini bahawa betapa pentingnya agar rakyat senantiasa berada di dalam keadaan sihat, faktor kesihatannya yang terjaga dan juga agar rakyat dapat bekerja dengan lebih baik, maka diusulkan agar sebuah Pusat/Klinik Kesihatan dapat dibangunkan bagi menampung keperluan rakyat setempat (Gugusan Manjoi) yang kini hanya bertumpu di klinik Kesihatan Kecil Manjoi yang dikira sudah tidak dapat menampung bilangan pesakit yang semakin bertambah untuk mendapatkan rawatan. 3. Menyedari dan meyakini bahawa betapa pentingnya keselamatan, keamanan dan kesejahteraan penduduk sekitar Gugusan Manjoi agar dapat menjalani kehidupan seharian dengan rasa selamat, tenteram dan tanpa rasa kebimbangan yang melampau, adalah diusulkan dibina sebuah Balai Polis dengan segala kelengkapan yang perlu bagi menggantikan balai polis yang sedia ada yang asyik berpindah randah dari sebuah rumah ke sebuah rumah yang lain (berpindah tempat buat kali ke 4). 4. Keperluan-keperluan lain yang difikirkan lebih penting dari terbinanya Pasaraya Maidin di Gugusan Manjoi ini hendaklah diambil kira secara serius seperti keperluan kepada :
Segala macam bentuk pembangunan seperti yang diusulkan diatas adalah dicadangkan tempat pembangunannya di bina di atas tapak cadangan Pasaraya Maidin. Dengan ini saya mengusulkan dan mohon usul dibahas. KP : Kita bukan berbincang tentang menentang pembanggunan dan mengenepikan menaikkan taraf kehidupan dan pendapatan orang manjoi, tetapi kita berbincang tentang fasiliti dan keperluan yang teramat-amat perlu untuk penduduk di sini.
|
You are subscribed to email updates from di manjoi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan