Selasa, 4 Oktober 2011

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


MAZHA 2010: <b>Ipoh</b> SOHO, Mercu Tanda Terbaru <b>Di</b> Bandaraya <b>Ipoh</b>

Posted: 04 Oct 2011 06:35 AM PDT


Jika semuanya berjalan mengikut jadual, Ipoh akan mempunyai sebuah mercu tanda baru yang bakal meletakkan bandaraya setanding dengan bandaraya moden utama seluruh dunia.

Projek Ipoh SOHO yang dijangka siap sepenuhnya menjelang 2012 akan memberi Ipoh satu lagi gaya hidup warga kota.

Terletak di Jalan Sultan Iskandar berhampiran kediaman rasmi Menteri Besar Perak, Ipoh SOHO yang dibangunkan oleh Kinta Saujana Sdn Bhd itu menampilkan konsep Small Office, Home Office (SOHO) iaitu tinggal, bekerja dan berehat di bawah satu bangunan.

Lebih bermakna lagi, upacara majlis pecah tanah projek mercu tanda terbaru itu telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar, Dato' Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir.

Turut menyaksikan majlis pecah tanah itu Pengarah Urusannya, Cheng Heng Keong.

Menurut Heng Keong, projek Ipoh SOHO adalah yang pertama dibangunkan di Perak dan ia dapat menceriakan semula kawasan pusat bandaraya yang suram dengan mempunyai mercu tanda bangunan yang serba moden dan menarik.

Beliau berkata, pihaknya akan membina 24 unit bangunan dengan ketinggian 3 setengah tingkat di tapak seluas 1.2 hektar yang terletak di kawasan strategik di tepi Jalan Sultan Iskandar Shah.

"Pada zaman antara 1950-1960an, aktiviti ekonomi begitu rancak di pusat bandar Ipoh dan sering berakhir hingga lewat malam tetapi kini keadaan itu sudah berubah apabila orang ramai lebih suka bersantai dikawasan pinggir bandar.

"Oleh itu, kita mengambil inisiatif membangunkan projek Ipoh SOHO di pusat bandar Ipoh bagi menceriakan kembali suasana di malam hari," katanya.

Heng Keong berkata, konsep SOHO disasarkan kepada golongan profesional yang terbabit dalam bidang guaman dan khidmat konsultan yang membolehkan pemiliknya bekerja dan berehat dengan selesa dalam di bawah satu bangunan.

"Antara kemudahan yang ditawarkan kepada pelanggan ialah kamera litar tertutup (CCTV) untuk faktor keselamatan dan taman di tingkat atas," katanya.

Terdahulu, Menteri Besar dalam ucapannya di majlis itu berkata, kerajaan memerlukan pembabitan sektor swasta dalam membangunkan negeri Perak.

Katanya, urusan yang berkaitan kelulusan projek perlu disegerakan oleh pihak berkuasa tempatan bagi memastikan kerjasama antara pihak kerajaan dan sektor swasta menguntungkan kedua-dua belah pihak.

"Dengan sokongan sektor swasta, kita yakin dapat melihat lebih banyak perubahan mengambil tempat di bandaraya Ipoh khususnya dan Perak amnya," katanya.

Dr Zambry turut menarik perhatian di majlis itu bahawa beliau mahu bangunan lama dan bangunan warisan dikekalkan serta dipulihara sebaik-baiknya untuk menjadi tarikan pelancong ke Bandaraya Ipoh.

Bangunan lama yang boleh dillihat di sepanjang Jalan Sultan Iskandar Shah dan Sultan Idris Shah perlu dicat semula dengan warna yang menarik, katanya.

"Saya juga berharap agar pemilik bangunan lama ini tampil membantu kita memulihara bangunan berkenaan untuk tatapan generasi akan datang dan menjadikannya sebagai tarikan pelancong," tegasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan