Hampa Aku <b>di</b> Ipoh Parade, <b>Kinta</b> City Dituju | beliamuda {dot} com Posted: 30 Sep 2011 02:30 AM PDT Salam sejahtera buat semua. Apalah nasib badan petang ini. Perancangan untuk bermain boling di Ipoh Parade (IP) terpaksa dibatalkan dan ke Kinta City hala tuju seterusnya. Mengikut pelan asal, nak gerak daripada UTP pada pukul 3, maka dapatlah main boling di IP sekitar pukul 4. Tapi kena pulak jalan sedikit sesak dan sebaik tiba sahaja di sana, semua lorong yang ada untuk bermain boling sedang digunakan. Hanya ada dua lorong yang boleh digunakan untuk pengunjung bermain kerana lorong-lorong lain telah ditempah oleh pasukan negeri Perak dan untuk pertandingan. Hampa kerana terpaksa menunggu terlalu lama, maka kami beredar ke Kinta City untuk mencuba nasib di sana. Hentam sajalah! beliamuda: Kena pulak jalan yang tengah sibuk… |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan