Selasa, 6 Mac 2012

07 di bagan datoh - Google Blog Search

07 di bagan datoh - Google Blog Search


Dewan Pemuda PAS <b>Bagan Datoh</b>: PEMUDA PAS SEDIA TEMPUR <b>...</b>

Posted: 01 Mar 2012 06:04 PM PST

DEWAN PEMUDA PAS BAGAN DATOH  ANJURKAN PROGRAM UNTUK RAKYAT : Ketua Penerangan DPPK Bagan Datoh

PEMUDA PAS SEDIA TUMBANGKAN BN DI BAGAN DATOH
BAGAN DATOH : Kesediaan Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 bagi menumbangkan kerjaaan UMNO- BN semakin terserlah. Setelah sekian lama Bagan Datoh di wakili pemimpin UMNO- BN, rakyat semakin jemu menanti janji yang ditaburkan. Kegagalan mereka untuk membangunkan Kawasan Bagan Datoh khususnya DUN Rungkup memperlihatkan secara jelas, rakyat perlu membuat perubahan masa akan datang.
Dibawah pimpinan Ustaz Mohd Najib Safar selaku ketua, Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh merancang serta melaksanakan program bagi mencapai misi tersebut. Menghadapi UMNO - BN bukanlah perkara mudah kerana memandangkan mereka menguasai daripada segala pelbagai sudut terutamanya kewangan dan kuasa ketika ini. Namun, Pemuda PAS bukan mahu mengalah sebaliknya akan berusaha menarik golongan pengundi muda khususnya dalam pilihan raya.
Pelbagai program dan aktiviti telah diatur Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh terutamanya yang berbentuk menarik golongan muda dan belia. Namun, program kebajikan turut tidak ketinggalan apabila hampir setiap bulan bantuan dihulurkan oleh Pemuda PAS kepada rakyat yang memerlukan. Aktiviti pentarbiahan dan dakwah yang menjadi asas utama sememangnya telah disusun rapi dan baik demi menjaga kelangsungan PAS sebagai sebuah Gerakan Islam dan Parti Politik di Malaysia. 
Sebahagian Akiviti Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh 2011 - 2012 :
Usrah Mingguan Menjadi Tunjang Kekuatan Pemuda PAS.
 Lawatan dan Ziarah Pemuda PAS Bersama YDP Kawasan, Ustaz Misbah.
 Liqa' Fikri Pemuda Bersama Ustaz Syed Abd. Qadir al- Jofree.
 Malam Santai Himpunan Anak Muda Bagan Datoh 2012.
 Malam Hiburan Islamik Pemuda di Sungai Sumun.
 Sebahagian wakil Pemuda Kawasan ke Himpunan Pemuda PAS Perak.
 Menghulur Bantuan kepada Fakir Miskin.
 Golongan Muallaf Turut Di Bantu.
 Sebahagian Anak  Muda di Kejohanan Sepak Takraw DPPK Bagan Datoh.
Hulur " ang pau " sempena Sambutan Tahun Baru Cina.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan