Selasa, 6 Mac 2012

07 di sungai siput - Google Blog Search

07 di sungai siput - Google Blog Search


Kanak-kanak perempuan rentung dalam kebakaran <b>di Sungai Siput</b>

Posted: 06 Mar 2012 06:53 AM PST

myMetro | Kanak-kanak perempuan rentung dalam kebakaran di Sungai Siput:SUNGAI SIPUT: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun rentung dalam kebakaran yang memusnahkan rumah mereka di Taman Sentosa di sini malam tadi.

Mayat K. Keswini ditemui rentung dalam sebuah bilik di rumah itu dan dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput Supt Azman Salim berkata ketika kejadian, kanak-kanak itu tinggal bersama datuk dan emak saudaranya manakala ibu dan bapanya berada di pekan.

"Datuk, adik dan emak saudara mangsa berjaya menyelamatkan diri manakala mangsa dipercayai terperangkap di dalam bilik kerana api marak begitu cepat," katanya kepada pemberita di sini.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput Penolong Penguasa Roszaman Wok berkata kebakaran pada pukul 10.10 malam itu dapat dikawal dalam masa 13 minit.


Punca kejadian dan jumlah kerugian sedang disiasat. -- BERNAMA


'via Blog this'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan