Khamis, 29 Mac 2012

07 di bukit merah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di bukit merah - Google Blog Search


CAP gesa siasat projek arowana <b>di Bukit Merah</b> | TERAS <b>...</b>

Posted: 21 Mar 2012 11:29 PM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Mac: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan negeri Perak dan Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani menyiasat secara terperinci pelaksanaan projek ternakan ikan Arowana di Bukit Merah, daerah Kerian.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris (gambar) berkata, sejak projek itu bermula 10 tahun lalu banyak perkara berkaitan undang-undang tidak dipatuhi terutama mengenai kesan ke atas alam sekitar dan masalah kehidupan penduduk tempatan.

Katanya, gesaan itu dibuat oleh CAP berikutan laporan akhbar tempatan kelmarin (BH: 21.3.2012) mengenai pemalsuan dokumen oleh seorang pengusaha projek tersebut yang juga Pengarah Urusan Bukit Merah Akuakultur yang melibatkan 36 lot tanah seluas 28.8 hektar kepunyaan 21 penduduk Kampung Selamat, Simpang Empat Semanggol.

CAP, jelasnya kesal dengan kejadian itu kerana sebelum ini CAPmendapati terdapat banyak peraturan yang tidak dipatuhi para pengusaha projek ternakan ikan Arowana di kawasan tersebut tetapi tidak diberi perhatian serius dan diambil tindakan tegas oleh pihak berkenaan.

"Kami telah mengemukakan banyak persoalan berkaitan projek ini melalui surat rasmi yang dihantar kepada kerajaan negeri Perak, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Pejabat Tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum ini namun projek tersebut terus dilaksanakan," ujarnya dalam satu kenyataan.

Selain tidak melakukan Kajian Kesan Ke Atas Alam Sekeliling (EIA) sebelum pelaksanaannya, beliau berkata tanah-tanah sawah yang terlibat dengan projek itu juga tidak ditukar status dari tanah pertanian kepada tanah industri.

Malah, menrutunya lagi pada tahun lalu (2011) CAP telah menghantar surat kepada Menteri Besar Perak menggesa projek itu dihentikan segera kerana ia boleh menjejaskan sumber bekalan air di Tasik Bukit Merah dan mengancam kehidupan 9,000 petani serta 200,000 pengguna air.

Beliau menjelaskan, air yang digunakan oleh sebuah kolam ikan Arowana seluas 0.4 hektar boleh digunakan untuk mengairi 12 hektar sawah padi.

"Jika di kawasan ini terdapat 3,800 buah kolam, maka lebih banyak air yang digunakan oleh pengusaha-pengusaha ikan hiasan itu.

"Akibatnya petani-petani di daerah ini akan terdedah kepada masalah kekurangan bekalan air untuk tanaman padi di kawasan sawah seluas 24,000 hektar termasuk juga tanah sawah di daerah Seberang Perai Selatan Pulau Pinang," ujarnya lagi.

Sehubungan itu, ujarnya CAP menggesa siasatan menyeluruh dan berterusan dilakukan segera ke atas projek ini dan tindakan tegas perlu diambil ke atas mereka yang terlibat dengan pelanggaran undang-undang yang ada.

Justeru, katanya CAP sekali lagi meminta pihak kerajaan menutup dan membatalkan projek tersebut kerana ia bakal mengundang berbagai masalah ke atas alam sekitar dan kehidupan rakyat.

"CAP percaya jika kerajaan tidak membatalkan projek ini daerah Kerian yang merupakan salah satu jelapang padi negara akan musnah dan ia boleh menggugat sektor pertanian dan sumber makanan untuk rakyat pada masa akan datang," katanya lagi.

sumber : harakahdaily

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved