Khamis, 29 Mac 2012

07 di gopeng - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di gopeng - Google Blog Search


Pameran ITU-UUM <b>di</b> Perasmian RTC <b>Gopeng</b> Jadi Tumpuan Ramai

Posted: 19 Feb 2012 07:59 PM PST

Karnival Rural Transformation Centre (RTC)

UUM ONLINE: Ruang pameran International Telecommunication Union, Universiti Utara Malaysia (ITU-UUM) di Karnival Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Gopeng yang dibuka empat hari mulai Khamis lalu mendapat sambutan menggalakkan apabila dikunjungi orang ramai, terutama pelajar sekolah.

Penyelaras ITU-UUM, Noorhaziera Noor Izahar berkata, ruang tersebut adalah salah satu daripada 225 kaunter yang dibuka sempena karnival tersebut.

"Gerai pameran ITU-UUM berjaya menarik ramai pengunjung terutama pelajar lepasan SPM, diploma dan ibu bapa.

"ITU-UUM diberi tanggungjawab memperkenalkan pusat kecemerlangan luar bandar ini di samping mempromosi aktiviti dan latihan yang dianjurkan, selain mempromosikan program yang ditawarkan UUM," katanya.

Noorhaziera berkata permainan kuiz juga diadakan di gerai pameran dan telah menarik minat Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Ab Rahim Md Nor untuk turut serta dalam kuiz tersebut.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah merasmikan RTC Gopeng, semalam.

Pusat sehenti ini akan menjadi perintis kepada RTC lain di seluruh negara iaitu RTC Kota Baharu (Kelantan) yang sudah mula beroperasi, RTC Kuala Kedah (Kedah), Kuala Linggi (Melaka), Tanjung Manis (Sarawak) dan Pekan Nenas (Johor) yang bakal dibuka kemudian.

RTC menyediakan pelbagai kemudahan sosio ekonomi termasuk penyediaan latihan, kemahiran dalam bidang agrobisnes, pertanian dan perniagaan, kemudahan mikro kredit, perbankan dan penempatan agensi-agensi kerajaan termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Hujan lebat yang turun sejak pukul 3 petang tidak menghalang lebih 50,000 orang berkunjung ke Majlis Pelancaran RTC pertama di Malaysia.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved