07 di hutan melintang - Google Blog Search |
2 penunggang motosikal maut dalam kemalangan <b>di</b> Perak Posted: 19 Mar 2012 08:51 PM PDT IPOH: Dua penunggang motosikal termasuk seorang remaja maut dalam kemalangan berasingan di negeri ini, semalam. Ketua Trafik negeri, Deputi Superintendan Mohamad Roy Hashim, berkata dalam kejadian pertama, seorang remaja maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Hutan Melintang-Teluk Intan, malam tadi. "Mangsa dikenal pasti sebagai Mohamad Hazrul Hasan, 19, berasal dari Hutan Melintang," katanya ketika dihubungi, hari ini. Katanya, dalam kemalangan jam 11.20 malam itu, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah apabila motosikal yang ditunggang bergesel dengan sebuah kereta dari arah bertentangan mengakibatkan pemuda itu tercampak ke atas jalan. "Mangsa mengalami cedera parah di kepala dan badan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Hutan Melintang dan mayatnya dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat," katanya. Kemalangan maut motorsikalDalam satu lagi kejadian, Mustakim Saat, 23, maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh penghadang jalan di Kilometer 243.5 Lebuhraya Utara Selatan dekat Kuala Kangsar. Beliau berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang dalam perjalanan dari Kuala Kangsar ke sini gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas dan merempuh penghadang di tengah lebuh raya berkenaan. Tag: Kemalangan |
You are subscribed to email updates from di hutan melintang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan