Isnin, 10 September 2012

07 di parit buntar - Google Blog Search

07 di parit buntar - Google Blog Search


Lantak HANGPA la...: Samseng bertempur <b>di Parit Buntar</b>

Posted: 22 Aug 2012 08:25 PM PDT

Kemeriahan sambutan Aidilfitri tercemar apabila dua kumpulan remaja samseng bergaduh sebelum merebak menjadi pertempuran 'gila' dengan menggunakan parang sebagai senjata mempertahankan diri, semalam.
Dalam kejadian jam 4 pagi itu, kumpulan remaja belasan tahun yang dipercayai ada kaitan dengan kegiatan geng kongsi gelap bergaduh di kawasan lapang di Taman Semarak, di sini.

Seorang penduduk berkata, pergaduhan itu melarat menjadi perbuatan khianat apabila beberapa cermin kereta milik penduduk di kawasan itu dipecahkan.

Dia yang mahu dikenali sebagai Wahid, 35, mengakui terkejut apabila beberapa jiran menjerit dan memaklumkan berhubung pergaduhan serius membabitkan remaja.

Menurutnya, kumpulan remaja tempatan itu dipercayai sudah lama berdendam sebelum merebak menjadi pergaduhan besar di kawasan penempatan itu.

"Saya dimaklumkan, kumpulan remaja samseng itu tidak puas hati antara satu sama lain sebelum bertempur. Mengikut laporan polis, dua daripada remaja yang bergaduh itu parah akibat dilibas dengan parang.

"Apa yang berlaku ini cukup menakutkan berikutan remaja terbabit sudah berani mencederakan dan cuba membunuh," katanya.

Menurutnya, pergaduhan itu menyebabkan beberapa cermin kereta penduduk dipecahkan, malah tiga motosikal dipercayai milik kumpulan samseng remaja itu dibakar. Wahid berkata, huru-hara yang dicetuskan ini menakutkan dan meminta polis memberkas individu terbabit.

Kejadian ini pergaduhan kedua selepas dua beradik diserang sekumpulan lebih 10 remaja bersenjatakan parang berhampiran padang futsal di Tanjung Rambutan, di sini.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, seorang mangsa yang berusia 21 tahun putus dua jari tangan kiri akibat ditetak dengan parang oleh penyerangnya.

Malah, adik mangsa yang berusia 18 tahun parah akibat ditetak dengan parang sebelum dihantar mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, di sini.

Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Parit Buntar yang dihubungi mengesahkan menerima laporan penduduk berhubung kes terbabit dan masih memburu beberapa suspek yang dipercayai menjadi dalang pergaduhan itu.

UMNO Yakin Rampas Semula Kerusi Parlimen <b>Parit Buntar</b> – Perak <b>...</b>

Posted: 09 Sep 2012 04:56 AM PDT

Semangat kental dan perpaduan di kalangan ahli UMNO dilihat sebagai petanda baik untuk merampas semula Parlimen Parit Buntar daripada parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan, beliau amat berpuas hati melihat kedudukan serta perkembangan yang telah ditunjukkan  ahli UMNO yang begitu bersemangat untuk bangkit daripada kekalahan empat tahun lalu.

"Kita mempunyai potensi besar untuk mengambil semula parlimen ini dan kedua-dua DUN yang turut dikuasai pembangkang," kata beliau.

Zambry berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Parit Buntar di Dewan Merdeka, hari ini.

Katanya, masalah dalaman serta percanggahan pendapat yang berlaku dikalangan ahli parti juga dapat diselesaikan dengan baik dan ini sekaligus memberi peluang yang cerah kepada UMNO untuk merampas semula kemenangan.

Mengulas lanjut mengenali pemilihan calon  yang mewakili Barisan Nasional (BN), beliau berkata calon UMNO yang bakal bertanding telahpun dikenalpasti dan dipilih daripada kalangan wakil rakyat yang sudah dikenali oleh rakyat.

"Kita tidak memberi tumpuan kepada satu calon kerana kita memberi ruang untuk pertimbangkan beberapa nama yang dirasa sesuai," katanya.

Beliau berkata, nama yang tersenarai akan dinilai berdasarkan penilaian yang telah dibuat oleh rakyat sendiri sudah tentu calon yang dipilih mempunyai potensi besar untuk membawa kemenangan kepada BN.

Ketika ditanya mengenai peluang memenangi semula kerusi DUN Titi Serong, jelasnya dengan program yang dilakukan oleh wakil BN di situ, beliau positif kemenangan akan berpihak kepada parti berkenaan.

"Saya berpuas hati dengan khidmat wakil BN dari Titi Serong yang melaksanakan pelbagai program sejak tiga tahun lalu dan rakyat di situ juga memberi respon yang baik," katanya lagi.

PASPB: <b>PARIT BUNTAR</b>!!! Dr Mujahid, Ust. Abu Bakar dan pimpinan <b>...</b>

Posted: 18 Aug 2012 01:47 PM PDT


 
PARIT BUNTAR, 17 Ogos : Ahli Parlimen Parit Buntar Dato' Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Pesuruhjaya PAS Perak yang juga bakal calon DUN Titi Serong Ust. Abu Bakar Husin dan pimpinan PAS Parit Buntar telah meraikan anak yatim di majlis iftar perdana di sini. 
Pengerusi Ehya Ramadhan Ahmad Azhar Sharin berkata, majlis ini dianjurkan oleh PAS Parit Buntar dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Parit Buntar bagi meraikan anak-anak yatim, guru-guru PASTI dan murabitun.
" Lebih dari 700 orang telah hadir di dalam majlis tersebut yang turut disertai oleh oleh PAS kawasan yang berhampiran seperti kawasan Bagan Serai dan Larut. 
" Sumbangan telah diberi kepada anak-anak yatim, petugas-petugas parti, guru-guru PASTI dan juga petugas media yang sering melaporkan aktiviti PAS kawasan atau Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar" katanya 
Ahmad Azhar berkata, majlis ini merupakan acara kemuncak program Ehya Ramadhan PAS Parit Buntar bagi tahun 2012 ini. 
" Dana ramadhan yang disumbangkankan oleh orang ramai pada tahun ini melebihi RM 90,000. Kami sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada para dermawan yang sentiasa memberi sumbangan mereka pada setiap tahun.
" Derma tersebut digunakan untuk membantu fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal,guru-guru al- quran dan pesakit di hospital dalam parlimen Parit Buntar"katanya
Majlis ini turut dihadiri oeh  YB Yunus Jamhari, ADUN Kuala Kurau, YB Ustaz Husin Din ADUN Selinsing, YB Ustaz Ramli Tusin ADUN Semanggol, Hj Othman Maseri, Bendahari PAS Perak, AJK PAS Parit Buntar, AJK Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat dan Nisa Parit Buntar. MKA
 









Tiada ulasan:

Catat Ulasan