07 di pengkalan hulu - Google Blog Search |
- Bila jejari menari: Sehari <b>Di Pengkalan Hulu</b>
- <b>Pengkalan Hulu</b> | Ex-smgrian 1991
- Pertandingan Silat 2012 <b>Di Pengkalan Hulu</b> - Syurga Itu Indah
Bila jejari menari: Sehari <b>Di Pengkalan Hulu</b> Posted: 13 Aug 2012 06:42 PM PDT Entry ini tiada kaitan hari raya okey... Walau beberapa hari lagi nak raya dah.
Sebenarnya banyak lagi tempat menarik kat daerah nie, kalau nak tau lawat sini . Antara pengalaman yang Cek Ya tak boleh lupa, bila lalu kat satu jambatan kat Felda Nenering. Selalunya kita nampak air terjun kat tepi jambatan tu atau di celah-celah batuan bukit. Tapi kali ni air terjun tu bawah jambatan. So scary... sangat curam. Teruji skill memandu Cek Ya, bila pandang ayah duk sebelah steady jer. Tapi yang kelakar... bila tengok kaki ayah macam dah kejang nak tekan break... Kahkahkah. Line fon pulak tak de liputan, jalan pulak jarang-jarang orang lalu. Wahhhh!!! bayangkan kalau tetiba abis minyak kat cni, jenuh ooo. Ceruk banat Felda nie, nak ke Betung Thailand lagi dekat dari nak pergi pekan Pengkalan Hulu. Fuh!! @~@ Nie Mantin gak Ke?? Nota Kechik : Sorry kalau terbanyak gambar Cek Ya, mestila owner this blog. |
<b>Pengkalan Hulu</b> | Ex-smgrian 1991 Posted: 26 Aug 2012 05:41 PM PDT [unable to retrieve full-text content]Pengkalan Hulu dikenali sebagai Kroh atau Keroh. Ia adalah sebuah bandar dalam daerah Hulu Perak yang terletak di utara Perak dan bersempadanan antara negeri Kedah dan negara Thailand. Bandar yang terdekat di ... |
Pertandingan Silat 2012 <b>Di Pengkalan Hulu</b> - Syurga Itu Indah Posted: 17 Jul 2012 05:44 AM PDT Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog Syurga Itu Indah. Harap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Bersyukur walaupun sekarang terlalu jarang update blog, masih ada pengunjung yang datang secara konsisten ke blog saya. Dengan carian ikan laga di google (link paling atas). Mungkin itu adalah hasil usaha saya selama beberapa tahun bermain blog… Beberapa bulan yang lalu, saya telah diminta membawa pelajar-pelajar daripada daerah Kinta Utara untuk pertandingan silat di Pengkalan Hulu. Walaupun berat hati saya, saya akur dengan arahan. Sebab saya berasa berat hati adalah, saya bukanlah guru yang sepatutnya dipertanggungjawabkan. Dan saya tiada asas langsung dalam seni silat. Saya memang gemarkan seni bela diri, tetapi agak bosan menonton silat. Memang terasa agak sedih apabila hanya saya seorang guru lelaki yang perlu menjaga 27 orang murid sekolah rendah dan sekolah menengah. Pada mulanya saya berasa agak bimbang. Bimbang saya gagal mengawal disiplin mereka. Bimbang perkara yang tidak enak berlaku. Tetapi jangkaan saya meleset. Alhamdulillah, mereka semuanya berdisiplin, terutamanya pelajar-pelajar Sekolah Menengah Izzuddin. Boleh dikatakan mereka sangat matang. Tidak seperti golongan remaja yang baru meningkat naik, yang selalunya tidak beradab, tidak tahu menghormati orang lain dan gemar berkelakuan ala-ala gangster. Tetapi ada yang kurang menyeronokkan. Saya berasa sangat terkilan kerana kemudahan tidak disedikan untuk guru-guru. Tempat menginap tidak ada kipas, tidak ada suiz untuk charge handphone, bahkan tandas tidak ada pintu! Inikah nasib seorang guru di Malaysia yang boleh dikatakan tinggal di Negara yang membangun dalam segala aspek? Bila dipersoalkan, takut-takut saya dituduh tidak tahu bersyukur. Ya, benar ramai lagi guru seperti guru pedalaman yang terpaksa menanggung segala bentuk kepayahan. Tetapi sepatutnya di semenanjung Malaysia tidak ada masalah seperti ini. Kenapa pertandingan dilakukan di tempat yang tidak ada kemudahan? Sudahlah saya ni terpaksa datang, saya rela… Tetapi melihat layanan yang tidak professional menyebabkan saya seperti mahu menitiskan air mata. Bahkan layanan yang diterima sebaik sahaja sampai, seolah-oleh kami, guru-guru ni nak sangat datang ke sana. Tahu, jawatan mereka tinggi… Siapalah kami, sekadar guru biasa. Apa salahnya senyum, gunakan bahasa yang manis, dan memuliakan kami, seperti mana adab memuliakan tetamu. Gaya duduk dan berbual sesama mereka pun buat saya rasa meluat. Inilah budaya dan sikap orang berjawatan besar. Berpangkat sedikit, mulalah berlagak. Atas sebab itulah rasa hormat saya kepada golongan seperti mereka begitu tipis. Baiklah, ada sesuatu yang menambat hati saya, dan ingin saya kongsikan dengan anda... Kebolehan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Izzuddin bermain alat muzik, sangat mengagumkan. Saya sempat merakamkan sedikit video… Bagaimana? Kalau tengok live, lebih seronok… Baiklah, sampai sini dulu ye… Assalamualaikum. |
You are subscribed to email updates from di pengkalan hulu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan