Selasa, 26 Februari 2013

07 di bagan datoh - Google Blog Search

07 di bagan datoh - Google Blog Search


Rakyat <b>Bagan Datoh</b> gembira kehadiran Skuad #JDAB2013 <b>...</b>

Posted: 17 Feb 2013 12:03 AM PST

BAGAN DATOH - Penduduk sekitar Sungai Betul mengambil kesempatan di atas kehadiran Skuad JDAB2013 dalam program Jelajah UiTM di Hati Rakyat 1Malaysia untuk membuat pemeriksaan mata dan gigi secara percuma.

Pemeriksaan yang dilakukan oleh pelajar Fakulti Kesihatan UiTM itu merupakan salah satu khidmat bakti yang ditawarkan secara percuma sepanjang penjelajahan Skuad JDAB2013.

Pihak penganjur menyediakan sebanyak dua buah bas yang telah diubah suai menjadi klinik bergerak dengan dilengkapi dengan peralatan canggih dan terkini bagi tujuan pemeriksaan kesihatan.

Selain itu juga, siri jelajah yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Sungai Betul, Bagan Datoh turut melibatkan aktiviti pemgambilan Pra-Diploma, Gotong-royong, Motivasi / Kem Bestari Solat dan Pameran oleh UiTM Sri Iskandar.


'Pictorial' sekitar program:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan