Selasa, 26 Februari 2013

07 di jelapang - Google Blog Search

07 di jelapang - Google Blog Search


<b>di</b> mana kapalselam kita ketika negara diceroboh? - <b>jelapang</b> - Yes

Posted: 15 Feb 2013 09:26 AM PST


Semalam kita digemparkan dengan pencerobohan lebih 100 warga asing BERSENJATA API yang menceroboh masuk ke pesisiran Pantai Tandao berdekatan Felda Sahabat 17, Lahad Datu, Sabah.
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130215/dn_03/Identiti-kumpulan-dikenal-pasti

Tertanya-tanya kita bagaimana penceroboh ini boleh dengan mudah mendarat di pantai negara kita.

PALING MENGEJUTKAN IALAH DI MANAKAH KAPAL SELAM SCORPENE KITA YANG BERPENGKALAN DI SABAH APABILA 100 PENCEROBOH YANG DATANG DENGAN BERBOT-BOT MEMASUKI PERAIRAN NEGARA?

Mungkin juga kapal selam kita sedang sibuk membuat persiapan untuk menjadi bahan pameran untuk Pameran LIMA bulan depan! Wallahualam.

***NK: Jelapang kini kembali selepas puas beristirihat.

Misteri budak ditemui sendirian atas batu <b>di Jelapang</b> |Hijau Rimba 3

Posted: 13 Nov 2012 09:22 AM PST


JELAPANG – Misteri. Itu yang boleh digambarkan mengenai penemuan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang hanya terduduk di atas batu berseorangan tanpa berkata apa-apa.
Kanak-kanak itu ditemui oleh seorang kontraktor yang bekerja di
tapak projek berhampiran Bukit Meru di sini, kira-kira jam 3 petang, semalam.
Sumber polis berkata, kanak-kanak itu kemudiannya diserahkan ke Balai Polis Jelapang oleh kontraktor berkenaan setelah dia dilihat seolah-olah mengalami trauma.

"Berdasarkan siasatan, kanak-kanak itu tidak dapat mengingati kenapa dia berada di kawasan berkenaan tetapi dia ada menyebut dia berkelah di kawasan Chepor sebelum tersesat di dalam hutan kira-kira lima kilometer dari kawasan dijumpai.

"Kanak-kanak itu juga seolah-olah gagal mengingati tempat tinggal. Usaha polis meronda di sekitar kawasan, akhirnya berjaya menemui rumah keluarganya di Taman Malar, Tambun, petang tadi (semalam)," katanya.

Katanya, kanak-kanak itu berjaya diserahkan kepada keluarganya yang tidak mengetahui kejadian sebenar yang menimpa kanak-kanak itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan