Selasa, 26 Februari 2013

07 di gerik - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di gerik - Google Blog Search


Dari <b>Gerik</b> ke K. Terengganu gara gara nak curi kereta | The Kuala <b>...</b>

Posted: 15 Feb 2013 05:31 PM PST


Pencuri dibelasahKUALA TERENGGANU  -  Seorang lelaki dipercayai cuba membawa lari sebuah kereta di sebuah pusat mencuci kereta di Batu Buruk di sini, teruk dibelasah orang ramai apabila pemilik pusat perniagaan itu sempat menyedari tindakan lelaki berkenaan.

Dalam kejadian di antara jam 10.30 hingga 10.45 pagi itu, suspek berusia 27 tahun cedera di bahagian kepala akibat dipukul orang ramai yang berang dengan tindakannya cuba mencuri kereta Suzuki Swift milik Tuan Ahmad Izzam Tuan Dollah, 31.

Sebelum kejadian, pemilik kereta yang berada di dalam sebuah bilik di premis perniagaan itu terdengar bunyi seseorang menyanyi dan mundar mandir dalam keadaan mencurigakan di hadapan biliknya itu sebelum keretanya cuba dilarikan.

Tuan Ahmad berkata, dia mendengar kereta jenis Suzuki Swift yang diparkir di hadapan biliknya itu telah dihidupkan dan dengan segera keluar untuk memeriksa bunyi tersebut serta mendapati suspek terbabit sudah berada di kerusi pemandu.

Mangsa kemudiannya segera menghampiri keretanya menyebabkan lelaki berkepala botak itu terkejut dan bertindak melarikan diri. Mangsa yang ketika itu gagal untuk menghalang suspek kemudiannya segera mengejarnya ke arah jalan utama.

Selepas mengejar sejauh kira-kira satu kilometer sambil meminta bantuan orang ramai dan pengguna jalan raya, mangsa akhirnya berjaya menangkap suspek yang kemudian dibelasah orang ramai sebelum diserahkan kepada anggota polis peronda.

Sinar Harian difahamkan, suspek yang beralamat dari Kampung Jabor di Gerik, Perak itu juga telah mengganggu penumpang sebuah bas yang dinaikinya sebelum kejadian malah dia juga berkeliaran di kawasan berkenaan dengan alasan untuk mencari kerja kosong.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Zamri Samsuddin ketika dihubungi Sinar Harian semalam mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan berkata, suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.  -  SH


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved